Selasa, April 9

Tulang belulang dan tisu lembut

Sebulan lebih tidak menulis. 
Beradaptasi dengan jadual kerja baru.
Tak bolehkah kita mempunyai jadual kerja yang normal?
Bila tukar posting, jadual kerja berbeza-beza.
Semakin lama, semakin tak normal.
Sistem syif yang sengal. 

Masuk posting ketiga.
Cepat sungguh masa berlalu.
Posting perubatan sudah.
Posting Obstetrik dan ginekologi sudah.
Sekarang posting otopedik.

Dulu minat juga otopedik.
Ada cita-cita nak sambung master dalam otopedik.
Sehinggalah berada sendiri di posting ini.
Posting yang didominasi oleh lelaki.
Jadi terkurang suka sedikit.
Tambah kena hafal anatomi. Heh!


Cuma pesan saya untuk mereka yang bakal memulakan housemenship mereka.

Setiap dari seorang housemen pernah melalui posting pertama mereka.
Boleh dikatakan posting itulah yang paling teruk dan yang terbaik.
Jangan bawa pemikiran zaman belajar lagi.
Dan jangan asyik berkata saya first poster.
Minda awaklah antara sebab awak tidak maju-maju.
Bukan faktor keadaan.
Dan teruskanlah belajar kerana bidang  perubatan punya cerita berbeza setiap hari.

Selamat maju jaya buat adik-adik, rakan-rakan saya di UKM.
Moga gelaran MD berjaya anda genggam.
Rabbi yassir wala tuassir.


Tidak ada komentar: