Senin, Januari 21

Cinta



Kita tidak bercinta dengan masa
Kita bercinta dengan orang yang meluangkan masa indah bersama kita

Jumat, Januari 18

Love. Pray. Syria.

Satu masa dahulu ianya ditulis
dijumpai kembali di celah-celah baju kusamku

Aku ingin sama-sama
habis waktu usai kuliah
perihatin soal masyarakat

Aku ingin sama-sama
Petik jariku
Pegang amanah yang aku pikul
Nyatakan kebenaran
Dengan bermain kata di alam maya
Biar sedar akan semua
"Pejuang Syria itu tiada salah"




Nota : Saya menolak perkataan pemberontak yang sering digunakan oleh media massa terhadap pejuang-pejuang Islam di Syria. Titip doa buat mereka.

Senin, Januari 7

Ohana

Post pm,

Kau balik rumah?

A'ah. Balasku.

Letih nak balik. Kerja sampai pagi. Rumah jauh pulak tu.

Dulu mungkin fikir begitu. Tapi selepas beberapa ketika saya merenung kembali saat-saat indah saya bersama keluarga saya. Bila umur semakin meningkat dewasa, tanggungjawab menjadi semakin bertambah. Dan pengorbanan yang banyak diperlukan untuk memastikan orang-orang di sekeliling kita bahagia.

Ramai orang memberi pelbagai alasan. Alasan yang bila difikir kembali adalah berdasarkan keadaan. Hidup adalah membuat pilihan. Sebagai contoh, seorang rakan sekerja saya memilih untuk berulang alik dari rumahnya ke tempat kerja yang mana rumahnya itu bolehlah dikira hampir 2 jam dari tempat kerja. Pilihan itu di tangannya, tiada sesiapa memaksa. Tapi tidak bolehlah dia jadikan alasan itu untuk dia pulang tepat jam 6 petang sekiranya kerjanya belum siap, atau adanya pesakit baru yang masuk sebelum pukul 6 yang belum diclerk dipass overkan pada orang kerja malam semata-mata kerana dia tinggal jauh. Keadaan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan siapa yang ingin anda jadi. Keadaan adalah pemalar dan kita adalah pembolehubahnya. Kalau kita tidak berubah, adakah keadaan akan berubah untuk kita?

Begitu juga halnya dengan keluarga. Saya letih lepas kerja malam, tapi saya tidak mahu jadikan alasan letih saya itu untuk tidak pulang ke rumah. Masa saya singkat bersama ibu dan ayah saya. Lebih-lebih lagi bila umur semakin tua. Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi ke depan, tapi lakukanlah apa yang perlu sekarang sebelum kita terlambat.

Bila ada satu kempen "stop violation against women " dipromosikan di media massa (yang mana saya turut menyokong kempen ini) saya merasakan perlunya "women stop violating yourself " kerana penghormatan ke atas wanita tidak akan jatuh ke riba sekiranya wanita tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya. To gain respect, you have to give it. Contoh yang paling nampak. Adalah pilihan wanita untuk berpakaian ketat di luar rumah, bukan kerana ianya mengikut keaadan zaman, fesyen baru ke apa. Sekarang cuba fikir, adakah keaadaan mengawal kita atau kita yang mengawal keadaan?

Saya petik kata-kata Alfred Adler:

Sesungguhnya semua manusia lahir ke dunia ini dengan keaadaan yang lemah, tidak berpakaian dan tidak berdaya. Hal ini telah meninggalkan kesan terhadap perilaku manusia, yang mana kita merasakan segala sesuatu di sekeliling kita lebih kuat daripada kita. Apabila kita matang dalam menilai diri, kita akan berhadapan dengan kekuatan yang tidak mampu kita hadapi. Itulah perangkan kehidupan moden yang kompleks, yang memerangkap kita seumpampa perangkap tikus. Keadaan ini menyebabkan kita berasa serba kekurangan, dan hal inilah yang melahirkan penguasaan dan pengawalan terhadap perilaku di manusia.

Ingatlah,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib yang ada pada diri mereka- Surah Ar-Ra'd : 11

Luangkan masa bersama keluarga anda. Masyarakat yang sihat akalnya bermula dengan kehidupan berkeluarga yang sihat.