Sabtu, September 1

Berkira

Berkira benar saya. Kadang-kadang, bila dah clerk ramai pesakit, saya mudah berkira. Aku dah clerk banyak hari ni, kaulah pula clerk pesakit tu. Laju sahaja ayat itu keluar.

Beberapa hari lepas, saya postcall, hampir 27jam tidak tidur. Ketika mula hendak pulang ke rumah, enjin kereta saya tak hidup. Jantung bagai tersentap. Sudahlah mengantuk bukan main, alih-alih kereta saya rosak pula, di tengah panas terik matahari.

Orang pertama yang saya telefon, haruslah abang saya. Walaupun bila fikir balik, abang saya bukan boleh buat apa-apa pun. Dia nun jauh di Kuala Krai, saya di Kota Bharu. 

Seorang pakcik datang tolong saya. Dia dengan rela hati benarkan saya gunakan keretanya untuk saya ke kedai beli bateri kereta. Saya terkejut pada mulanya. Baiknya pakcik ni. Dialah yang temankan saya beli bateri kereta, dan tolong pasangkan bateri tersebut. Saya terharu bukan main. Malah, ketika saya menghulurkan sedikit wang untuknya atas budi baiknya, dengan lembut dia menolak. 

'Pakcik ikhlas nak.."

Oh, ketika itu hati saya tambah-tambah sayu. Dalam perjalanan, air mata saya hampir jatuh. Sungguh murni hati pakcik yang tolong saya tu.

Lepas kejadian tersebut, saya sudah tidak berkira sangat.

Benda-benda baik jangan berkira. Buat je selagi termampu. Yang buruk-buruk memanglah kena berkira. Kalau pagi tadi bangun solat subuh lewat, takkanlah solat zohor nak lewat juga? Iya tidak? 

Tiada apa yang berlaku secara kebetulan, kan?

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu ( Surah al-Talaq, ayat 2-3)

Tidak ada komentar: