Rabu, Mei 16

Petang-petang

kita-kita pernah berkumpul sambil layan drama korea. Sekarang, petang-petang pukul 5, saya dengan abah akan tercongok depan televisyen layan drama korea di 8tv.


Antara drama Korea yang terbaik pernah saya tonton, Dong Yi. Kisah benar yang telah difiksyenkan agar lebih menarik. Kisah seorang rakyat biasa meniti satu persatu tingkat status, dari seorang rakyat jelata, menjadi hamba di istana, seterusnya dinaikkan pangkat sebagai pegawai biro siasatan atas kebijaksanaan beliau menyelesaikan kes, naik pula menjadi gundik sehingga menjadi permaisuri. Anaknya pula antara raja Joseon yang terkenal di dalam sejarah Joseon itu sendiri.

Unik kisah hidup beliau. Malah, drama yang sebanyak 60 episod ini tidak gagal menguji minda anda. Pertarungan antara golongan jahat yang gilakan kuasa dan kedudukan  dengan golongan yang cintakan kebaikan. Kedua-duanya adalah bijak dan setiap strategi yang mereka lakukan bukan calang-calang. Si jahat terlatih mengatur strategi jahat, dan si baik terlatih membuktikan kejahatan golongan jahat. Dan kebenaran pasti akan terbongkar, cepat atau lambat. Itulah pada saya kekuatan cerita ini. Kebijaksanaan kedua belah pihak dan bagaimana Raja Sukjong menguruskan permasalahan yang berlaku di negara yang diperintahnya.

"Susahkan untuk memecahkan tradisi?" tanya Raja Sukjong. Seorang yang adil, tegas serta tidak membabi-buta percaya pada sebelah pihak sahaja.

Dong Yi, wanita bijaksana yang berfikiran jauh. Mereka-mereka yang berada disampingnya adalah mereka yang dipercaya dan setia.

Lady Jang, permaisuri yang bijak, dikenali sebagai wanita tercantik pada zamannya. Tetapi, sekali wanita sesat, seluruh masyarakat akan sesat. Itulah gambaran tentang Lady Jang.

Sejarah membuktikan, suatu masa pemerintahan yang korup pasti akan tumbang. Inilah kisah drama ini. Mendebarkan. Inspiratif. Terbaik.

Nota:
Tetap Pegawai Cha Chun Soo yang paling aku kagum. Sangat profesional sebagai seorang abang dan pegawai kepada Raja Sukjong.


Tidak ada komentar: