Selasa, Mei 15

Peduli Palestin

Kebiasaan saya hanya menggunakan laptop dan internet selama 2-3 jam sehari. Buka sahaja facebook, tengok semua profile picture sama. Apakah? Terlepas pandang saya pada perihal mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan Palestin. Alhamdulillah. Layan berita tadi, mengatakan pihak Israel telah menerima permintaan tahanan-tahanan Palestin.

Hari ini juga adalah hari memperingati An-Nakbah. Walau nampak bermusim sahaja, kalau kempen demi kempen diteruskan kesedaran dari semua pihak akan timbul. Masih saya ingat, di awal akhir tahun 2008, Zionis telah menyerang Palestin. Waktu itu, macam-macam persoalan timbul dari rakan-rakan saya. Macam-macam yang ditanyakan pada saya, sedang saya juga terkial-kial. Bukan tahu banyak. Itulah titik timbulnya kesedaran dari rakan-rakan saya dan juga saya untuk mengetahui lebih banyak dan untuk menulis perihal ummah di blog walau sekali setahun.

Peduli kejap-kejap lebih baik dari tidak peduli langsung. Kurang-kurang, tidaklah kita hidup hanya berfikir tentang 'perut' sendiri sahaja. Walau ramai yang menyindir tindakan memboikot barangan Zionis Yahudi ini, tapi sekiranya kita konsisten dalam pilihan yang kita buat, percayalah ia berhasil. Masih saya ingat statistik kejatuhan ekonomi barangan-barangan tersebut pada tahun 2009. Ia berhasil, walau ia hanya bermusim. 3 bulan boikot penduduk dunia terhadap barangan-barangan yang menyokong dan menyumbang kepada ekonomi Israel telah menunjukkan kejatuhan yang ketara. Konsisten sahabat. Konsisten.


Saya ambil gambar ni ketika kempen Palestin di kolej tahun ni. Bila saya rasa tidak semangat, pasti saya ambil telefon saya dan tengok dia. Terkadang, satu gambar begini sudah cukup untuk bercakap-cakap dengan kita walau dia jauh di sana. Saudara kita di sana berusaha sedaya upaya mereka untuk memastikan Palestin tidak jatuh. Kita di sini, berusahalah untuk membantu mereka melalui doa, bantuan kewangan, bantuan kesihatan dan banyak lagi. (Err, sokongan terhadap pemimpin yang lebih mesra Islam juga perlu, jadi daftarlah sebagai pemilih, jalankan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk Malaysia yang lebih baik)

Apa sahaja bentuk bantuan yang boleh dilakukan, lakukanlah. Bukan pada hasil yang dilihat, pada usaha kita. Sejauh mana kita berusaha untuk membantu Islam. Sejauh mana kita berusaha untuk dunia yang lebih baik. Kerana kita adalah manusia yang menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Seseorang yang melanggar undang-undang disebut sampah, tetapi orang yang tidak peduli pada orang lain..lebih teruk dari sampah. (Kakashi, Naruto)

Terasa? Bagus, maknanya kita masih punya hati yang cintakan kebaikan.



Tidak ada komentar: