Rabu, Mei 30

Konkuk-






















Terkadang bila oksigen tidak sampai ke otak
Diam-diam aku monolog
Kalaulah 
Sedang ia tidak patut wujud
Bermimpilah, 
kerna Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu
Satu hari nanti
Biiznillah
Aku tidak pernah gagal mencapai mimpiku
Aku cuma terlewat sedikit berbanding dia
           Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka
           maka milikilah prasangka yg baik tentang tuhan
           begitulah caranya (Rumi)

A room


















without books is like a body without a soul. 
The books that help you most are those which make you think the most.
 Read the best books first, or you may not have a chance to read them all. 
Some books are to be tasted; others swallowed; and some to be chewed and digested. 
The one who does not read good books has no advantage over the one who can’t read them.
 Books, like friends, should be few and well chosen.

Minggu, Mei 20

Siap

Sudah lama muat turun, baru ada hati mahu tonton.
Kalau sukakan filem aksi, cerita ini bukan untuk anda.
Benda-benda kecil bisa membawa kepada hal yang lebih besar- Perceraian.

Apa yang kurang tentang perhubungan ini? Sekiranya saya kurang dalam segala hal, kenapa tidak kita akhiri perkahwinan kita sahaja?

Segala yang kurang telah menjadi kelebihan buat saya. Beza antara awak dengan saya ialah awak sentiasa bercakap tentang mengakhiri perhubungan dengan kekurangan awak. Dan saya sentiasa bercakap tentang membina perhubungan dengan ‘kelebihan’ awak.

:)

Kata-kata tiada kaitan dengan cerita di atas.


Rabu, Mei 16

Petang-petang

kita-kita pernah berkumpul sambil layan drama korea. Sekarang, petang-petang pukul 5, saya dengan abah akan tercongok depan televisyen layan drama korea di 8tv.


Antara drama Korea yang terbaik pernah saya tonton, Dong Yi. Kisah benar yang telah difiksyenkan agar lebih menarik. Kisah seorang rakyat biasa meniti satu persatu tingkat status, dari seorang rakyat jelata, menjadi hamba di istana, seterusnya dinaikkan pangkat sebagai pegawai biro siasatan atas kebijaksanaan beliau menyelesaikan kes, naik pula menjadi gundik sehingga menjadi permaisuri. Anaknya pula antara raja Joseon yang terkenal di dalam sejarah Joseon itu sendiri.

Unik kisah hidup beliau. Malah, drama yang sebanyak 60 episod ini tidak gagal menguji minda anda. Pertarungan antara golongan jahat yang gilakan kuasa dan kedudukan  dengan golongan yang cintakan kebaikan. Kedua-duanya adalah bijak dan setiap strategi yang mereka lakukan bukan calang-calang. Si jahat terlatih mengatur strategi jahat, dan si baik terlatih membuktikan kejahatan golongan jahat. Dan kebenaran pasti akan terbongkar, cepat atau lambat. Itulah pada saya kekuatan cerita ini. Kebijaksanaan kedua belah pihak dan bagaimana Raja Sukjong menguruskan permasalahan yang berlaku di negara yang diperintahnya.

"Susahkan untuk memecahkan tradisi?" tanya Raja Sukjong. Seorang yang adil, tegas serta tidak membabi-buta percaya pada sebelah pihak sahaja.

Dong Yi, wanita bijaksana yang berfikiran jauh. Mereka-mereka yang berada disampingnya adalah mereka yang dipercaya dan setia.

Lady Jang, permaisuri yang bijak, dikenali sebagai wanita tercantik pada zamannya. Tetapi, sekali wanita sesat, seluruh masyarakat akan sesat. Itulah gambaran tentang Lady Jang.

Sejarah membuktikan, suatu masa pemerintahan yang korup pasti akan tumbang. Inilah kisah drama ini. Mendebarkan. Inspiratif. Terbaik.

Nota:
Tetap Pegawai Cha Chun Soo yang paling aku kagum. Sangat profesional sebagai seorang abang dan pegawai kepada Raja Sukjong.


Selasa, Mei 15

Peduli Palestin

Kebiasaan saya hanya menggunakan laptop dan internet selama 2-3 jam sehari. Buka sahaja facebook, tengok semua profile picture sama. Apakah? Terlepas pandang saya pada perihal mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan Palestin. Alhamdulillah. Layan berita tadi, mengatakan pihak Israel telah menerima permintaan tahanan-tahanan Palestin.

Hari ini juga adalah hari memperingati An-Nakbah. Walau nampak bermusim sahaja, kalau kempen demi kempen diteruskan kesedaran dari semua pihak akan timbul. Masih saya ingat, di awal akhir tahun 2008, Zionis telah menyerang Palestin. Waktu itu, macam-macam persoalan timbul dari rakan-rakan saya. Macam-macam yang ditanyakan pada saya, sedang saya juga terkial-kial. Bukan tahu banyak. Itulah titik timbulnya kesedaran dari rakan-rakan saya dan juga saya untuk mengetahui lebih banyak dan untuk menulis perihal ummah di blog walau sekali setahun.

Peduli kejap-kejap lebih baik dari tidak peduli langsung. Kurang-kurang, tidaklah kita hidup hanya berfikir tentang 'perut' sendiri sahaja. Walau ramai yang menyindir tindakan memboikot barangan Zionis Yahudi ini, tapi sekiranya kita konsisten dalam pilihan yang kita buat, percayalah ia berhasil. Masih saya ingat statistik kejatuhan ekonomi barangan-barangan tersebut pada tahun 2009. Ia berhasil, walau ia hanya bermusim. 3 bulan boikot penduduk dunia terhadap barangan-barangan yang menyokong dan menyumbang kepada ekonomi Israel telah menunjukkan kejatuhan yang ketara. Konsisten sahabat. Konsisten.


Saya ambil gambar ni ketika kempen Palestin di kolej tahun ni. Bila saya rasa tidak semangat, pasti saya ambil telefon saya dan tengok dia. Terkadang, satu gambar begini sudah cukup untuk bercakap-cakap dengan kita walau dia jauh di sana. Saudara kita di sana berusaha sedaya upaya mereka untuk memastikan Palestin tidak jatuh. Kita di sini, berusahalah untuk membantu mereka melalui doa, bantuan kewangan, bantuan kesihatan dan banyak lagi. (Err, sokongan terhadap pemimpin yang lebih mesra Islam juga perlu, jadi daftarlah sebagai pemilih, jalankan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk Malaysia yang lebih baik)

Apa sahaja bentuk bantuan yang boleh dilakukan, lakukanlah. Bukan pada hasil yang dilihat, pada usaha kita. Sejauh mana kita berusaha untuk membantu Islam. Sejauh mana kita berusaha untuk dunia yang lebih baik. Kerana kita adalah manusia yang menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Seseorang yang melanggar undang-undang disebut sampah, tetapi orang yang tidak peduli pada orang lain..lebih teruk dari sampah. (Kakashi, Naruto)

Terasa? Bagus, maknanya kita masih punya hati yang cintakan kebaikan.



Senin, Mei 14

Pursuits of happiness


To light up homes, save lives and bring smile to Gaza


Sumbangan boleh disalurkan secara terus melalui Aqsa Syarif:

1) (Tabung Palestin) maybank Islamic
5515-7500-4299
2) (Tabung Palestin) Bank Islam
1209-2010-0349-04
3) (Tabung Pengurusan) CIMB Islamic
1216-0000-452-101

Sumbangan dari pihak anda, kami ucapkan terima kasih.

AQSA SYARIF MALAYSIA.


Mengejar kebahagiaan, agar sedekah menjadi barokah.

Selasa, Mei 8

Kehidupan

Kehidupan ibarat sebuah toko buku.
Ada bacaan berat.
Ada bacaan ringan.
Manusia seringkali mahukan bacaan ringan sahaja.
(Qouted)

Kamis, Mei 3

Hidup ini singkat

Manusia dari setiap angkatan bangsa
Akan mengalami saat tiba-tiba terjaga
Tersentak dalam kesendirian malam yang sunyi
Dan menghadapi pertanyaan zaman :
Apakah yang terjadi?
Apakah yang telah kamu lakukan?
Apakah yang sedang kamu lakukan?
Dan, ya, hidup kita yang fana akan mempunyai makna
Dari jawaban yang kita berikan.
(Sajak seorang tua tentang Bandung lautan api, WS Rendra)

Rendra, penyair terkemuka Indonesia, menuangkan sejarah masa lalu ke dalam acuan masa kini dalam satu bentuk ekspresi yang sungguh mengesankan." -Sasterawan Negara Usman Awang 

Dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar. Tetapi kita dapat melakukan banyak hal kecil dengan cinta yang besar. (Mother Theresa)


Nota:
Kedukaan masa lalu adalah kekuatan masa kini. Syukur diajari Tuhan tentang duka sebelum menemukan senyum.