Jumat, April 6

Rencam

Kerana alaminya aku mewajibkan diriku untuk membaca buku medikal sekurang-kurang 1 helai sehari (paling koman) walaupun selepas peperiksaan, aku terbaca tentang Dressler's Syndrome (DS). Soalan pertama dalam kertas pilih satu terbaik posting perubatan dalaman. Sah, sah aku salah soalan ini. Tapi bukan itu yang aku ingin bagitahu. Hanya, DS ini aku dapati pada helaian beberapa muka surat dalam buku Sarawak Handbook of Medical Emergencies. Hanya beberapa helai sahaja. Di bawah tajuk komplikasi myocardial infarct. Sah, sah selama ini aku pandang sebelah mata sahaja. Sah, sah sebelum ini aku pandang remeh sahaja. Mentang-mentang ia sepertinya uncommon. Pengetahuan sepertinya tidak berharga pula. Ish, ish, ish.

Menghargainya lebih selepas peperiksaan. Tiada masalah. Kerana pengetahuan bukan hanya di atas kertas ujian. Tapi buat bekal di dada untuk membantu ummah nanti-nanti.


Itu sahajalah. Sepertinya baru semalam kenal, hari ini sudah mahu berpisah. Sepertinya baru semalam berat hati memilih bidang perubatan, hari ini sudah lulus bergelar graduan perubatan UKM 2012. Sepertinya dan sepertinya segala-galanya mungkin, hanya perlu dimungkinkan oleh sang Pencipta. Itu sahajalah. Yang mungkin-mungkin itu walau tidak enak untuk diri, tetap jadi manis pada hujungnya. Percaya itu dan tiada apa yang mendukakanmu.

"Hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput;
nanti dulu, biarkan aku sejenak terbaring di sini;
ada yang masih ingin kupandang, yang selama ini senantiasa luput;
sesaat adalah abadi sebelum kausapu tamanmu setiap pagi.

-Sapardi Djoko Domono


Tidak ada komentar: