Senin, April 30

Syukur

Bangun di fajar subuh dengan hati seringan awan
Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan
Istirahat di terik siang merenungkan puncak getaran cinta
Pulang di kala senja dengan syukur penuh di rongga dada
Kemudian terlena dengan doa bagi yang tercinta dalam sanubari
Dan sebuah nyanyian kesyukuran terpahat di bibir senyuman
~ Khalil Gibran~




Jumat, April 27

Duduk Bantah


Hari Ahad lepas aku ke Klinik Kesihatan. Teman ibu. Tiba-tiba gatal pula mahu melihat sejauh mana penglihatan mata aku tanpa menggunakan kacamata. Alhamdulillah, sudah bertambah-tambah baik. Mata kanan dan mata kiri semua 6/6. Memang kategori normal. 

Penglihatan dah jelas, sejelas stand aku.

Duduk dan bantah. Ia bertujuan untuk mereformasikan SPR. Tiada kaitan antara kerajaan dan Pakatan Rakyat. Penjelasan panjang lagi lebar di sini, sambung bahagian 2 di sini. Rangkuman ringkas di sini. (Semuanya dari blog yang sama, kurang-kurang ada yang suka tulis bukan macam aku ni)

Dalam hidup, ada 2 jalan. Tiada jalan yang tengah-tengah. Sedang aku mentadabbur surah Al-A'raf, aku menemukan ayat-ayat ini

Dan di antara keduanya (penghuni syurga dan neraka) ada batas, dan di atas A'raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dan dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka, dan mereka menyeru penduduk syurga "Salaamun 'alaikum" Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera memasukinya  (Al-A'raf:46)

Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu (Al-A'raf: 47)

Dan orang-orang yang di atas A'raaf memanggil beberapa orang (pemuka-pemuka kafir) yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan "harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan, tidak memberi manfaat kepadamu" (Al-A'raf: 48)

Lantas, siapakah dia Ashabul A'raf itu?

Mereka ialah orang-orang yang kebaikan dan keburukannya sama. Mereka adalah orang-orang yang tidak menentukan sikap dalam kehidupannya. Mereka di hari kiamat, ditempatkan di tempat yang tinggi ( yang di beri nama A'raf) yang berada di antara syurga dan nereka. Orang yang ragu-ragu termasuk dari kelompok manusia itu dan jumlahnya banyak. 

Jadi pilih jalan anda. 

Nota:
Kenapalah dulu tak ambil bidang agama, sekarang makin jatuh sayang dari hari ke hari. Subhanallah.



Sabtu, April 21

Pursuits of happiness

Don't seal off the wound,
It's where the light enters you.
(Rumi)

 

Jumat, April 20

Sandalisme

Sandalisme : Buat anak bangsa yang merasa kaya

Anak-anak kini diasuh bermula di pokok bukan di akar
Memulakan kehidupan dalam sarat payah yang minimal
Asuhan ala barat menyusup masuk kita sedar tak hingar
Akibatnya anak muda terus setia menganut liberal
Terlupa membanding betapa perit anak-anak di negara luar
Bersandalkan botol mineral ; anak-anak kita enak bersandal mahal

Sumber asli : puisikabur.blogspot

Kamis, April 19

Sembang adik-beradik

MC :Apa akan terjadi kalau bumi tiada lapisan ozon?

A: Err...

A: Ini soalan main-main atau betul-betul saintifik?

MC: Betul-betullah.

A: Err...

























MC: Jadi gelaplah. Macam keadaan di bulan dan kawasan angkasa lepas lain.

A: Oh, ok. Info yang bermanfaat.

MC: Sebenarnya Chin Peng (CP) tidak membunuh Henry Gurney (HG).

A: Oh, jadi kenapa hal itu dipersalahkan ke atas CP? Siapa yang bunuh dia sebenarnya?

MC: Seorang Muslim. Dia membunuh HG sebab dialah ketua yang membunuh juta-juta penduduk Palestin hingga tertubuhnya negara Israel itu. (Jika baca wikipedia, HG pernah berkhidmat di Palestin)

A: Oh, jadi kenapa hal itu dirahsiakan? Tidak ada yang salah pun jika hal itu diketahui, kan?

KY: Pada hemat akulah, aku agak-agak sahaja ni. Waktu HG dibunuh, CP dan pengikutnya sedang memberontak mahukan kemerdekaan dari British. Mungkin-mungkin, CP ini dijadikan kambing hitam hanya kerana itulah. Lagi-lagi Tanah Melayu kita ini majoritinya orang Islam. Harus-haruslah jadi persoalan kenapa seorang penguasa British dibunuh oleh seorang Muslim. Iya tidak?

A: Oh, begitu. Sekiranya diketahui seorang Muslim yang membunuh HG, mestilah sebab HG ini yang tolong puak-puak Zionis, kan?

MC: Itu cuma teori kita sahaja. Tapi logiknya ada di situ.

A: Dan, sah-sah sejak dulu-dulu lagi adanya hubungan antara Tanah Melayu dan juga puak-puak kuffar ni.

A: Oh, sudah nampak relevan di situ.

MC: Tapi-tapi, kalau benar-benar mahu fakta, kena cari sendiri. Mana boleh anggap-anggap sahaja.

A: Iyalah, iyalah. Dari mana kau tahu ini?

MC: Profesor akulah. Dia bercerita banyak dalam kelas.

Nota:
Banyak perkara boleh kita kongsikan dan bualkan. Terima kasih. Buat aku mahu tahu lebih lagi.



Kuih bangkit

Pada waktu dulu, sewaktu aku di Indonesia, kondisi kewangan keluargaku dalam keadaan goyah, malah bisa aku katakan sudah membarah. Abah selalu pesan, duit banyak-banyak yang aku dapat tu simpanlah, kalau tidak kini bila-bila, nanti-nanti keluarga kita membutuhkannya.

Hal itu benar-benar terjadi. Sekitar tahun 2008. Aku pulang ke tanah air, membawa sedikit bekal buat ringan keluargaku. Harap yang sesak nafas, lelah dan letih itu berkurang. Hanya sekadar mampu yang bisa aku hulurkan. Ternyata itu membuat mereka senyum. Senyum itu aku simpan dalam lensa mataku di kotak memoriku.

Aku tiba di Indonesia selepas seminggu untuk aku sedar aku tersilap kalkulasi. Ternyata simpananku di bank hanya sekitar emput puluh ringgit. Untuk bekal minggu-minggu sebelum, sebelum encik mara memasukkan duitnya ke akaunku. Salah aku silap rancang. Tanggunglah. 

Petang-petang bila perut aku lapar, aku ke bilik sahabat aku. Bicara macam-macam sambil makan kuih bangkit asli buatan moyangnya (er, rasa-rasanya) Ternyata, kuih bangkit itu sungguh enak, malah buat aku makan banyak-banyak. Enak di makan semasa perut berkeroncong.

Tiga minggu dengan bekal wang kurang seratus lima puluh ribu rupiah aku masih lagi bisa bernafas. Maka, kalau tidak cukup padamu dengan wang yang sudah ada, mungkin-mungkin harus kamu telusi caramu mengurus kewanganmu. Kamu bisa mencukupkan apa yang ada. 



And you have no right to make your life miserable. Kan?

Nota:
Kehidupan kakak semakin bertambah baik. Dulu-dulu yang susah sudah ternampak mudah. Itulah, bila Allah beri satu kesusahan dan dua kemudahan.

Rabu, April 18

Estetika


6 April 2012

Peribadi : Antara sebab kenapa saya sangat mudah jatuh suka dengan cerita Inggeris lama-lama tahun 70-80-90an ialah cara pemakaian mereka dan cara mereka bercakap. Sangat tertib dan sedap mata memandang. Mereka seolah dididik dengan baik. Adakala saya berharap dapat mencelus masuk laci meja study Nobita dan kembali ke masa lampau!

(Diya Kamaruzaman, 50,000)

Setuju!

Aku juga menyukai cerita Inggeris lama-lama. Ada nilai-nilai estetika yang benar-benar mampu menyentuh. 

Selasa, April 10

Rencam II

Ada yang mahu aku nukilkan
Tapi tiada kata-kata yang terbaik bisa aku luahkan
Terkadang bila berseorangan
Kolam air mata senang sahaja bertakung
(Tapi tiada pula butir-butir jernih turun, hanya bertakung : P )
Apa yang aku resahkan?
Apa yang aku kisahkan?
Adik beradik dunia akhirat sedang bagi perkongsian

"Akak bawa saya masuk usrah, terharu sangat dan terima kasih"
(Yang ni mata pedih-pedih sikit :P)


Aktiviti terakhir bersama adik beradik dunia akhirat
Moga kita semua tsabat.
3 tahun mencari identiti diri
Kadang-kadang, kita tak pernah sedar betapa kehadiran kita adalah sesuatu yang berharga dalam hidup seseorang, sehinggalah dia mengucapkan kembali kata-kata yang kita pernah ucapkan, mengucapkan terima kasih atas apa yang pernah kita lakukan untuknya dan melakukan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan akan dilakukannya untuk kita.

Tidak pernah aku harapkan apa-apa dari semua itu melainkan redha Ilahi kerana aku tahu betapa cacat celanya aku ini.

Mencintai seseorang atas tujuan yang sama adalah manis. Walau hanya kenal barang sekejap, terasa seperti kenal puluh-puluh tahun. (Sekarang mata dah pedih-pedih, sebelum air mata jatuh...)

Cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja, haha.

Jumat, April 6

Rencam

Kerana alaminya aku mewajibkan diriku untuk membaca buku medikal sekurang-kurang 1 helai sehari (paling koman) walaupun selepas peperiksaan, aku terbaca tentang Dressler's Syndrome (DS). Soalan pertama dalam kertas pilih satu terbaik posting perubatan dalaman. Sah, sah aku salah soalan ini. Tapi bukan itu yang aku ingin bagitahu. Hanya, DS ini aku dapati pada helaian beberapa muka surat dalam buku Sarawak Handbook of Medical Emergencies. Hanya beberapa helai sahaja. Di bawah tajuk komplikasi myocardial infarct. Sah, sah selama ini aku pandang sebelah mata sahaja. Sah, sah sebelum ini aku pandang remeh sahaja. Mentang-mentang ia sepertinya uncommon. Pengetahuan sepertinya tidak berharga pula. Ish, ish, ish.

Menghargainya lebih selepas peperiksaan. Tiada masalah. Kerana pengetahuan bukan hanya di atas kertas ujian. Tapi buat bekal di dada untuk membantu ummah nanti-nanti.


Itu sahajalah. Sepertinya baru semalam kenal, hari ini sudah mahu berpisah. Sepertinya baru semalam berat hati memilih bidang perubatan, hari ini sudah lulus bergelar graduan perubatan UKM 2012. Sepertinya dan sepertinya segala-galanya mungkin, hanya perlu dimungkinkan oleh sang Pencipta. Itu sahajalah. Yang mungkin-mungkin itu walau tidak enak untuk diri, tetap jadi manis pada hujungnya. Percaya itu dan tiada apa yang mendukakanmu.

"Hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput;
nanti dulu, biarkan aku sejenak terbaring di sini;
ada yang masih ingin kupandang, yang selama ini senantiasa luput;
sesaat adalah abadi sebelum kausapu tamanmu setiap pagi.

-Sapardi Djoko Domono


Selasa, April 3

Tangkap muat 3






Awak tahu tak kenapa besbol merupakan sukan kesukaan saya?


Hurm, tak tahu. Kenapa?

Bermain besbol perlu pergi dan balik. Ibarat seorang lelaki, setelah penat bekerja akan pulang ke rumah. Saya rindu dan mahukan rumah itu. Tempat saya pulang.

Hurm, saya juga.

Awak juga? Awak faham apa yang saya maksudkan?

Yela, saya juga mahukan rumah. Rumah saya di Okinawa!

* Muka berubah *

Dia ni makhluk asing ke apa? Kata-kata romantis macam itu tidak difahami.


Nota :

Lakonan biasa, jalan cerita biasa. Kata-kata ini sahajalah yang luar biasa bagi aku.