Jumat, Maret 23

Hari yang panjang

Hari ini hari Jumaat. Dan ia untuk Surah Al-Kahfi.

Rasulullah saw bersabda,

Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi mulai hari Jumaat atau pada hari Jumaat, maka Allah memberikan cahaya kepadanya dari bawah mata kakinya hingga kolong langit

Nak kongsi benda ni. (Aku baru sahaja tahu, selama ni tak perasan pun)

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka (Al Kahfi : 18)

Ada orang bagitahu sebenarnya. Ayat yang bergaris tu ada kaitan dengan perubatan. Kalau ikutkan, satu nasihat yang biasa para doktor bagi kepada penjaga pesakit yang ahli keluarganya sudah tidak mampu berjalan, terlantar je di atas katil (bedridden) ialah untuk membalik-balikkan pesakit selang 2 jam. Ini dilakukan bagi menghalang terjadinya bed sore.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ani hari Isnin. Kita sama!

Bicara seorang sahabat mengabarkan berita yang barusan dia lihat.

Dalam hati, hanya mampu pasrah sahaja.

Boleh ke nak buat ni? Sempat ke nak pulun semua untuk kasus panjang dan kasus pendek terakhir sebagai pelajar perubatan? (Harapnyalah)

Ani, sempatnya. Ani dah lama sedia. Dah 6 tahun dah.

Kata Sumi pemberi semangat.

 Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan" 
(Al-Kahfi : 109)
Doakan kami kami. Untuk satu hari yang panjang itu.
26 Mac 2012.
Ya Allah, mudahkan jangan persusahkan.

3 komentar:

ImimaysroN mengatakan...

menarik info m'balik2kan badan tu
tahu kepentingan balikkan badan untuk org yang bedridden bila belajar medikal.. rupa2nya Allah dah bagitau lama dah..
Subhanallah, Allah Maha Tahu segala-galanya tentang makhluk ciptaanNya..

Terus, Allah Maha Tahu bahawa ani dan shbt2 seangkatan yg lain sudah bersedia utk menghadapi hari yg panjang itu pada hari isnin ni..

InsyaAllah boleh! semoga dipermudahkan.. !:)



P/s;hari yg panjang sy, tambah 5 hari drpd hari isnin.. pjg ataupun tak, Allah Maha Tahu! ^^v

madziani mengatakan...

Info menarik ni harus dikongsi bersama. Sharing is caring. Tulah, baru sedar sedangkan surah ni sangat dekat dengan kita.

Jzkk Sya. InshaAllah, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Berusaha!

p/s: Sabtu kan? Lama, tapi InshaAllah itu yang terbaik untuk Sya dan sahabat-sahabat lain :)

p/s: Ani rasa lepas exam hari Isnin nak tengok cerita Dong Yi lagi sekali! Jangan jeles..lalala

ImimaysroN mengatakan...

yaa!!! ani!


xpe sya, sabar....

:)