Selasa, Maret 27

Kekuatan sederhana dalam kekurangan


Tak tercapai dek akal
Ketika waktu kita melahap enak
Makhluk ciptaan Allah ini
kurus kering begini
Sedang ia menumpang kasih
di tempat
yang disangka punya banyak makanan



Tak tercapai dek akal
Ketika kita merasakan hidup ini 
begitu dan begitu
Makhluk ciptaan Allah ini
Lena di alam mimpi
di tempat yang paling selesa buatnya
Lena dan selesa

Apakah perlu dikritis dan diomel
Segala apa yang tertakdir
Sedang
Setiap waktu
Dunia dan seisinya
Bertasbih bertahmid 
Memuji Ilahi
Dalam bentuk yang sederhana serba kurang?

Kamu sesekali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya
(Al-Imran : 92)


Nota:
Baru selesai sebuah peperiksaan. Sekarang, doa dan tawakkal.
Sahabat-sahabat yang belum selesai, kutitip doa buat kalian dari jauh.

Jumat, Maret 23

Hari yang panjang

Hari ini hari Jumaat. Dan ia untuk Surah Al-Kahfi.

Rasulullah saw bersabda,

Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi mulai hari Jumaat atau pada hari Jumaat, maka Allah memberikan cahaya kepadanya dari bawah mata kakinya hingga kolong langit

Nak kongsi benda ni. (Aku baru sahaja tahu, selama ni tak perasan pun)

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka (Al Kahfi : 18)

Ada orang bagitahu sebenarnya. Ayat yang bergaris tu ada kaitan dengan perubatan. Kalau ikutkan, satu nasihat yang biasa para doktor bagi kepada penjaga pesakit yang ahli keluarganya sudah tidak mampu berjalan, terlantar je di atas katil (bedridden) ialah untuk membalik-balikkan pesakit selang 2 jam. Ini dilakukan bagi menghalang terjadinya bed sore.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ani hari Isnin. Kita sama!

Bicara seorang sahabat mengabarkan berita yang barusan dia lihat.

Dalam hati, hanya mampu pasrah sahaja.

Boleh ke nak buat ni? Sempat ke nak pulun semua untuk kasus panjang dan kasus pendek terakhir sebagai pelajar perubatan? (Harapnyalah)

Ani, sempatnya. Ani dah lama sedia. Dah 6 tahun dah.

Kata Sumi pemberi semangat.

 Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan" 
(Al-Kahfi : 109)
Doakan kami kami. Untuk satu hari yang panjang itu.
26 Mac 2012.
Ya Allah, mudahkan jangan persusahkan.

Selasa, Maret 20

Stay calm and positive

2 hari sebelum ikhtisas akhir, aku telefon kakak. Untuk meluahkan betapa berbaurnya hati aku waktu itu. Sebaliknya yang berlaku. 45 minit perbualan kami seputar kisah seminggu kakak bekerja, masalah-masalah yang dihadapinya.

Asal kakak berhenti bercakap ambil nafas, aku cakap oklah. Tapi perbualan tetap terus sampai 45 minit. Barulah betul-betul oklah.

Perasaan berbaur itu hilang begitu sahaja. Apalah sangat perasaan yang aku alami berbanding masalah-masalah yang kakak hadapi. 


La Haula Wala Quwwata illa billah



Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.
Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)





Aku suka belajar, aku cuma tak suka peperiksaan penilaian segala bagai. Aku suka kajian-kajian dan penyelidikan, cuma aku tak suka buat laporan panjang berjela sampai bahagian pembuktian ada significant association ke tak, dengan formula yang entah apa-apa. 

Semua tu kenalah tahan, telan pahit-pahit sebab nak dapat sesuatu yang lebih besar

Nota :

Terhenyak seketika. Rasa macam...hurm.

Minggu, Maret 18

Ceritera


Padanya kukatakan
rahsia sahabat
lebih baik dengarkan
dalam isi ceritera
lebih baik rahsia kasih
diserlah dalam
bualan orang lain
~Rumi


















Ada waktu-waktu
Gerakanku terhenti
Agar dapat aku amati mereka
tatap wajah mereka satu persatu
Pasti, pasti aku merindui mereka
* Terima kasih untuk 3 tahun ini *

Tidak pula aku sangka
Satu kebetulan
Ikhtisas akhir aku di Unpad dulu
Jatuh bulan Mac 2009
Sempat aku coretkan kisahku di sana

Jika kejayaan itu baik bagi kami,
Kau permudahkanlah Ya Allah,
Dan jika, jika
Kegagalan itu baik bagi kami,
Kau jadikanlah kami orang-orang 
yang redha
Kerana Engkaulah pemegang takdir itu

Misi jubah merah 2012.
Impian mendapat gelar dihadapan nama.































And we'll go to a future we haven't seen before

I've realized I'm not alone 


Let's aim for that shining door together

"An endless sky is there" 

(Hatenai Sora, Arashi) 

Sabtu, Maret 10

Wanita

Untuk menghormati leluhur wanita yang


Dan berjiwa besar

Sungguh,
Jadi wanita muslimah itu superb!


Nota:

Seorang ibu  tunggal terpaksa membesarkan 3 orang anaknya yang salah seorangnya didiagnosa penyakit lymphoma. Moga, moga kekuatan itu bersamanya. Setiap kesusahan akan ada sinar cahaya yang menemani. Minta titip doa.


Rabu, Maret 7

Ruang sosial

Solat berjemaah di masjid/surau adalah ruang sosial bertemu masyarakat yang paling ampuh. Lantas, masjid/surau sebenarnya adalah titik sosial yang paling power dalam sejarah manusia.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam: 

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]

 Dua sen aku :P

Senin, Maret 5

Nur


Aku dilahirkan di Nursi dari Nuriye
aku menyebarkan Nur
tiba-tiba Aku dikelilingi Nur
dan sekarang Aku baring dibawah Nur

Sheikh Badiuzzaman Said Nurs (tokoh tersohor dari Turki)

Bila kita sudah terlalu lama berada di suatu tempat
Kita akhirnya menjadi tempat itu
(Rocky Balbao)


Minggu, Maret 4

Aku

Selesai sebuah cerita yang menarik, pasti akan hadir rasa kehilangan.
Selesai membaca sebuah novel fiksi yang superb, pasti akan hadir rasa kekosongan.
Aku tahu aku telah menemukan karya terbaik seusai membacanya atau menontonnya.
Perasaan seperti sukar melepaskan sesuatu yang berharga pergi.

Aku mula tertanya. Akan seperti apakah kisahku?
Mampukah saat aku berhadapan Sang Pencipta,
Kisah-kisahku menjadi kisah penceritaan menarik
Yang apabila saat kitab amalku dibacakan dan dipersembahakan
Tuhan dengan rahmatNya
berkenan menerimaku....


Nota : Tidak layak untuk itu.

Jumat, Maret 2

Kebaikan yang dilupakan

Menulis adalah terapi ketenangan bagi aku. Seperti kata penulis terkenal, Paulo Coelho, writes for the pleasure of writing. Masa memula dengar aku tak faham. Kini, aku yang sedang melalui fasa stress merasakan apa yang beliau katakan itu benar. Menulis itu memang satu benda yang menyenangkan. Bila dah selesai menulis, rasa macam selesai satu kerja yang tertangguh. (Ok, aku tahu aku penulis jalanan)

Pengajaran untuk hari Khamis :


Untuk menekan butang lif semasa semua orang berasak-asak untuk keluar.

Terima kasih untuk kamu yang telah menarik perhatian aku semasa kamu menjaga ibu kamu yang sedang sakit di wad.