Senin, Februari 13

Rahsia


Orang bilang wanita hanya mampu menyimpan rahsia selama 30 minit
Aku nekad ingin pecahkan rekod itu
Aku ingin menyimpannya selama 3 jam
Selepas itu datang lagi seorang
Mengabarkan rahsianya padaku
Kali ini aku mahu menyimpannya selama 3 hari
Terus-terusan rahsia datang lagi
Aku mula meragui dan menanyakan diriku
Apa 30 minit, 3 jam, dan 3 hari itu benar?
Apa rahsia itu harus dijaja?
Kalau dijaja ke sana ke mari
Bukan rahsialah, kawan
Akhirnya
Aku nekad mahu menyimpannya rapat dalam diriku
Kerana rahsia itu amanah, yang tidak harus dijaja ke sana ke mari
Dan nilai moral itu datang beserta iman

Allah adalah penyimpan rahsia paling agung
Menyimpan aib-aib kita dan Maha Baik memberi nikmatNya.

Nota : Aku ingat perempuanlah jaguh gosip, rupa tidak. 

2 komentar:

Anonim mengatakan...

akak, sblm ni sy pn nak tulis pasal rahsia ni. =) sejak akhir2 ni ramai pulak org berkongsi rahsia.

like ini;
'Allah adalah penyimpan rahsia paling agung
Menyimpan aib-aib kita dan Maha Baik memberi nikmatNya'. ;)

azk

madziani mengatakan...

Simpan rahsia awak elok2 :)