Sabtu, Januari 14

Ibu

Satu malam, aku sedang berdiskusi bersama rakan-rakan. Ibu telefon aku. Aneh bagiku. Ibu tidak pernah menelefonku selewat waktu ini. Refleks yang tak dapat kukawal, aku tanya ibu.


Ada apa-apa yang berlakukah?


Tidak. Ibu hanya ingin mendengarkan suaramu, nak.


* haru dan tersentap *


Ibu semakin kurus sekarang. Kurang selera makan dan asyik rasa nak muntah aje. Ubat yang ibu makan buat ibu rasa nak muntah. Doakan ibu saya ya. * Terima kasih *



“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Surah Luqman, 31: 14)

Dulu, bila orang tanya nak kerja mana, laju sahaja jawapan aku. Nak kerja Sabah. Takpun, Sarawak. Lepas ibu sakit, banyak pertimbangan aku pada kesihatan ibu. Dan atas takdirNya, Hospital Kuala Krai baru sahaja digazetkan sebagai hospital untuk doktor pelatih.

Nota : Dalam proses isi borang jawatan pegawai perubatan dan pilihan hospital. Balik kampung ajelah. Dah lama merantau.


2 komentar:

dianakamal mengatakan...

Salam ani,

Saya teringat pada seorang cikgu yang berasal dari Kelantan. Dia cerita, dulu mintak Sarawak untuk posting. Tapi dia terkilan sangat sebab dapat Johor. Kalau boleh, dia memang nak lagi jauh.

Setahun di Johor, emak jatuh sakit. Merayu-rayu mintak tukar Kelantan balik dan alhamdulillah sempat juga bersama emaknya untuk beberapa bulan. Katanya, kalaulah awal-awal mintak Kelantan.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada ibu ani. Ameen.

madziani mengatakan...

Wslm.

InshaAllah Diana. Jzkk :)