Jumat, Desember 16

Oley!

Niat dan emosi mampu merealisasikan sesuatu impian.
Maka, kejarlah pelangimu sehingga ke hujung dunia.

Masa zaman sekolah dulu, sebelum tidur aku selalu membayang diri aku 10 tahun akan datang. Apa yang aku akan jadi. Ala-ala mengukir impian di langit biru, kepada Ani masa depan*

Sekarang dalam tempoh yang agak genting. Hari-hari sebelum tidur aku bayangkan diri aku masa peperiksaan profesional, aku memakai jubah merah tanda telah berjaya lulus dan bergelar doktor sambil bergambar bersama ibu dan ayah aku di depan banguna DECTAR. Aku katakan pada diriku, kepada Ani masa depan, ini yang akan kamu jadi.

Nak kata semangat, sesekali sekala ada jugak jatuh tu. Tapi, surat layang datang lagi. Kepada Ani masa depan, semuanya baik-baik saja. Bab kata Ameer Khan dalam 3 idiots, All is well, All is well. 


* Idea ni datang dari seorang sahabat. Terima kasih.




Jom layan sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Majalah I bulan November pun mengupas tentang salah faham pelaksanaan hukum hudud dengan panjang lebar. Sangat membuka minda.

Sekiranya anda mempersoalkan tentang hukum yang datangnya dari Allah, mungkin anda patut mempersoalkan kenapa anda Islam.

10 tahun lagi, aku sangat-sangat berharap Malaysia merupakan negara yang terbaik untuk kita huni.

Tidak ada komentar: