Minggu, Desember 18

Kamu

Aku lihat kamu*
Diam di situ
Mengharap belas kasih
Orang sekeliling

Aku lihat kamu lagi
Tetap diam di situ
Memerhati kiri dan kanan
Manusia-manusia duniawi

Aku penasaran
Apa yang ada di sebelahmu
Yang kau jaga
Sambil mengharap ehsan orang?

Takut-takut aku mendekat
Ya Rabb,
Seorang anak kecil ada di dalamnya
Sebuah kereta sorong buatan sendiri
Kepalanya besar
Istilah perubatannya, Hydrocephalus

Kau pandang aku
Aku pandang kau
Apa yang boleh aku tolong?

Dan matamu
Matamu itu ganggu malam-malam aku

Kau bilang terima kasih sambil mata berkaca-kaca
Buat aku runtun hiba di situ juga

Aku bilang
Apa yang boleh aku tolong?

Matamu jelasin segalanya
Derita yang kau ada
Bersama anak yang kau bawa.

Peristiwa di Persimpangan Pasar Siti Khadijah, April 2005

* Kamu yang bangkitkan niat dan emosiku.


Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. 
( Al Fatir 35 : 29)

Tidak ada komentar: