Rabu, November 2

32 minggu

Salam. Saya kini di posting obstetrik dan ginekologi, belajar tentang penyakit berkaitan wanita dan ibu mengandung. Alkisahnya, seorang pesakit yang sudah 2 minggu dimasukkan ke wad merupakan pesakit saya yang terpaksa saya present kesnya setiap kali ward round.

Pesakit yang juga merangkap kawan berbual dan bergosip sambil layan drama korea itu masih muda lagi. Umur dia baru 26 tahun. Ini kandungan dia yang kelima. Empat kandungannya yang sebelum itu gugur. Mana mungkin hati tidak sedih.

Hari-hari saya melawatnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Sambil berbual dengannya, sempat juga layan beberapa minit cerita korea. Layan hero hensem pun jadilah. Tapi ada masa-masanya, akak ini gusar. Takut kandungannya kali ini berakhir dengan tragedi yang sama.

Kandungannya masih baru. Kini baru masuk 8 minggu. Ada 32 minggu lagi untuk dia dan kandungannya harungi. Bolehkah kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca ini mendoakan yang terbaik buat kakak itu dan kandungannya. Semoga Allah berikan yang terbaik buat mereka.

Bolehkan tolong doakan?

Doa itu percuma. Dan ia magik Allah untuk kita.

Terima kasih daun keladi.

Nota : Excellento! Terima kasih Prof. Anda menceriakan hari saya walau sehari sahaja :)

Tidak ada komentar: