Minggu, Oktober 23

Seorang anak

Kalau kau tak belajar tinggi macam sekarang, apa yang kau akan buat?

Hah,

Apa lagi. Duduk rumah. Tolong mak ayah akulah. Banyak benda boleh buat kat rumah.


Sememangnya terasa semakin jauh dari rumah. Cumanya, saya benar-benar bersyukur sentiasa diberi ruang dan waktu untuk pulang ke kampung walau hanya sekadar cuti hujung minggu.

2 minggu lepas ibu saya dimasukkan ke wad. Untuk pembedahan paraumbilical hernia. Mulanya, ia hanyalah pembedahan yang dijangka berdurasi hanya 30 minit. Secara laparoskopik. Dan sekiranya ibu saya stabil, mungkin sehari selepas pembedahan, ibu saya sudah dibenarkan keluar wad.

Namun, apa yang dirancang lebih dari itu. Tuhan punya cerita lain buat ibu saya. Dan segalanya masih samar lagi. Samada penemuan pakar bedah semasa pembedahan itu adalah sesuatu yang lebih bahaya, iaitu kanser.
Ibu tetap dengan pendiriannya. Walau apapun keputusan biopsy, ibu nekad untuk tidak mahu meneruskan rawatan. Sesuatu yang buat saya hiba saat mendengarkannya.

Kerana,

saya berada di profesi ini. Cukup rapat dan saban hari melihat pesakit-pesakit sedemikian.

Seorang anak. Dari lipatan hatinya yang terdalam, mesti tidak akan mahu kehilangan orang yang dia kasihi. Rela atau tidak, itu takdir yang harus ditelan bulat.

Seorang anak. Walau cengeng segala, mesti akan tetap sayang ibu bapanya. Walau, mungkin kasih itu tidak terlalu ditunjukkan.

Di rumah, ia ibarat syurga bagi saya. Banyak benda boleh dibuat di rumah. Sememangnya, hadiah terbaik dapat kita berikan untuk ibu bapa kita adalah menjadi sesebaik insan yang sentiasa bermanfaat untuk mereka.

6 komentar:

Anonim mengatakan...

salam,ani .syafakillah buat ibu ani .semoga apapun yang Allah berikan semuanya menjadi sbg ujian utk hamba2Nya yg terpilih .semoga sakit yang ditanggung itu mnjadi kafarah dosa lalu...sy doakan mg ani sekeluarga diberi ketabahan hati & dipermdhkan segala urusan ~InshaAllah ^^

cahayakehidupan mengatakan...

salam,ani .syafakillah buat ibu ani .semoga apapun yang Allah berikan semuanya menjadi sbg ujian utk hamba2Nya yg terpilih .semoga sakit yang ditanggung itu mnjadi kafarah dosa lalu...sy doakan mg ani sekeluarga diberi ketabahan hati & dipermdhkan segala urusan ~InshaAllah ^^

Anonim mengatakan...

wslm.

terima kasih hayat. InshaAllah :)

-Ani

ImimaysroN mengatakan...

"menjadi sesebaik insan yang sentiasa bermanfaat untuk mereka"<--jom..!
smoga sumenya baik2 saja ani..
semoga apa saje yg terbaik dr Allah itu mendapat tempat yg terbaik juga dihati kita, insyaAllah. :)

dyanakamal mengatakan...

Ya Allah,

KUATkanlah sahabatku ani. Ameen. Ameen Ya Robbal Alameen.

You can count on me, dear.

madziani mengatakan...

Sya:

Amin, amin untuk doanya sya. Terima kasih :)

Diana:

Hihi. I know dear :)