Jumat, Agustus 5

Membesar

Waktu.
Tiada juga ia mahu berhenti,
Janjinya tak terturut olehku

Manusia
Gelabut yang tiada sudah
Keributan dunia yang dikejar

Seseorang
Sedang berjuang
antara hidup atau mati
ajal itu terasa dekat amat.

Minggu akhirku di posting surgery

Ia merupakan hari yang sangat sibuk. Manusia di wad berjalan ke sana ke mari. Tiada seorang pun yang lenggang. Ada yang harus diselesaikan. Di satu sudut, ada prosedur klinikal yang sedang dilakukan oleh sang doktor. Ada pula perbincangan hebat di kalangan orang-orang besar, tiada keinginan aku mahu turut serta. Kerana kefahaman dan kebuntuan itu sentiasa memayungi aku. Faham atau tidak. Faham kot? Atau hanya buat-buat faham? Itulah...ish, ish, ish.

Jururawat-jururawat juga sedang sibuk melapor keadaan pesakit di wad. Ada yang perlu beres sebelum pulang. Ada pula yang harus diberi ubat. Pelajar perubatan? Di beberapa kubikel, ada kumpulan kecil di situ. Tipikal mungkin. Dalam bulatan. Berdiri. Khusyuk mendengar kritikan dan komentar pensyarah masing-masing. Banyak juga pembelajaran depan doktor hari itu. Hari itu benar-benar hari yang produktif. Buat semua. Tiada yang endah tentang orang. Hal sendiri perlu didahulukan.

Hingar. Dek derapan kaki-kaki manusia dan semestinya suara-suara manusia. Malah mesin-mesin vital signs tak habis-habis berbunyi. Bip, bip, bip. Mujur juga titisan IV itu tidak dapat aku dengar. Jika dapat aku dengari, pasti itulah yang pertama aku kejar. Cermati ia lama-lama supaya hati ini tenang. (Apakah? hanya apabila sudah lama tidak ke gua, beginilah jadinya mungkin)

Namun tenang itu tidak di situ. Sedang aku terkejar ke sana ke mari, telingaku lantas menangkap suara sang adik membacakan ayat-ayat cinta. Langkahku terhenti. Lemah longlai aku di situ. Kolam mataku bakal banjir. Cepat-cepat aku act cool. 5 minit dan pasti basah juga. Bergegas aku ke surau. Dan tumpah jua akhirnya.

Dan ayat-ayat cinta itu khas untuk seseorang. Dari seorang adik buat seorang abang. Dan ia sudah di peringkat akhir.

We learn how to endure pain as much as we learn how to love- Tuesdays With Morrie. 
Special thanks to a friend of mine whom through her, I learn to appreciate rather than hating.



Tidak ada komentar: