Senin, Agustus 15

Belenggu

Sebenarnya, jika anda mengharapkan perubahan serta-merta, anda sebenarnya orang yang berfikiran sempit lagi dangkal. Bagaimana mungkin perubahan besar boleh berlaku dengan hanya anda mendaftar sebagai pemilih, membuang undi dan menukar kerajaan baru sedangkan anda tidak sedar sekiranya masalah ini berakar umbi sejak puluhan tahun dahulu?

Bagaimana mungkin satu kerajaan baru dapat melakukan perubahan drastik dalam waktu yang singkat setelah puluhan tahun sebelumnya pemerintah tanpa segan silu merogol pembangunan ekonomi rakyat?

Anda juga silap jika dengan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih, anda merasakan anda sudah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang cintakan tanahair. Anda benar-benar silap di situ. Sesungguhnya, usaha untuk membangunkan dan melaksanakan apa yang dirancang, haruslah dari anda dan ia harus digerakkan. Bukan hanya menunggu bulan jatuh ke riba.

Bukankah pemerintahan ini dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat? Dan anda sebahagian dari rakyat itu.

Mana mungkin anda biarkan seorang politikus menjadi akademis. Ini tidak seiringan. Dan akademis, sila, sila jalankan tanggungjawab anda. Jangan diam sahaja di situ. Sekiranya anda bisa berbicara, sila, sila berkata yang benar walaupun ianya pahit.

Dan jika anda merasakan, golongan-golongan ulama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Anda harus fikir dua kali, malah mungkin berpuluh kali. Apalah yang dimahukan pada golongan agama sedang mereka bisa memilih duduk beribadat dan menjauhkan diri dari tipu daya dunia. Fikir dan fikir.

BUKU

sekian banyak ilmu pengetahuan
yang terkandung dalam ribuan
buku-buku yang menjadi
khazanah peribadi

apakah akhirnya
memenjarakan kita
dengan ketidakupayaan
mendapatkan kepastian

Minda Tertawan,
Raja Ahmad Aminullah

Nota : Post-habis baca buku ini.

Tidak ada komentar: