Kamis, Juni 16

Sensitif atau kurang sensitif

Kebiasaan saya kini, hari Khamis jam 12 tengah malam, pasti saya tercongok di depan televisyen. Mahu menonton siri Trauma di TV2. Saya sukakan profesi paramedik, banyak ke tempat kemalangan untuk merawat pesakit.

Dalam satu sirinya melibatkan seorang wanita Muslim yang mengalami keadaan yang disebut malignant hypertension. Tekanan darahnya memang tinggi. Pesakit sedang solat di surau ketika itu. Sewaktu paramedik tiba, yang semestinya non-muslim, si suami berharap isterinya tidak disentuh. Namun, keadaan sangat genting. Mereka berlari mendapatkan pesakit wanita Muslim itu dan berjanji akan sedaya upaya menjaga privasi pesakit. Menarik kerana adanya sensitiviti dari mereka, prosedur yang dilakukan benar-benar menjaga privasi pesakit.

Setibanya di hospital, pesakit terbabit dirawat oleh para doktor. Privasi pesakit tidak dijaga dan mengakibatkan suami pesakit terkilan. Ironi mungkin. Kedua ahli paramedik tersebut berjumpa terus ketua jabatan kecemasan untuk menyarankan agar kita menghormati agama yang dianuti pesakit dan kepercayaannya. Di akhir cerita, mereka melawat pesakit Muslim tersebut sambil memberikan alas untuk mereka yang hadir di situ untuk solat.

Sekurang-kurangnya mereka non-muslim lebih-lebih sensitif berbanding kita yang muslim ini. Apa kes pada karikatur yang menghina hukum Allah? Kurang sensitifkah kita? Seenaknya menghina sedemikian. Mind you, apa yang dijaja oleh sekian banyak ulama bukanlah dari leluhur kata hati mereka melainkan telah tertulis di Kalamullah sejak lebih 1400 tahun dahulu. Dan seenaknya mereka berkata ia tidak relevan.

Ia relevan dan akan tetap relevan.

Tidak ada komentar: