Selasa, April 26

hana

wahai kamu satu-satunya bunga di dunia
sila senyum sentiasa dan jangan masam mencuka

Pabila ia datang
Indeks prestasiku pasti menurun
Aku pasti masam mencuka
Paling tidak,
Aku jauhkan diriku dari semua orang.

Ia pabila datang 
tanpa segan silu
bikin diri lemah segala
setiap derap langkah ibarat ada yang mengetuk
mahu pecah kepala ini
denyut-denyut yang menggusarkan jiwa

kubaca ayat dari tercintaku
dan pabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku
dan segala yang susah tampak lain

sembuhkan apa yang tak tersembuhkan
lahirkan dalam hati ini satu asa yang takkan pernah kalah
wahai kamu satu-satunya bunga di dunia

Nota: Dia tinggalkan kami 5 tahun yang lalu, menginspirasi kami melalui tulisannya di blog. Satu hari, blog itu tidak lagi diupdate. Dia yang telah pergi tinggalkan kami pada bulan Ramadhan 2006.

2 komentar:

DAISY CHAIN mengatakan...

Salams Ani,

Siapa Ani, kawan Ani itu?

madziani mengatakan...

Wslm.

Baca blog dia je. Terjumpa kak Nur. Tak pernah tahu siapa dia, cuma blog dia cerita pasal sakitnya, dari mula2 dia rasa tak sedap badan, didiagnosa sbg pesakit non hodgkin lymphoma dan jalani chemotherapy. Sampai 3rd chemo dia tak update dah blog dia.

Kakak dia pula yang sambung sedikit. Dia pergi tinggalkan kami pada Bulan Ramadhan 2006.

Saya pun dah lupa link blog dia. Dulu ada gak baca blog akak dia. Sekarang dah tak. Dah tak tahu mana linknya. Sori, tak dapat bagi link blog dia.