Selasa, Maret 8

Wacana Ilmiah

Salam.

Semalam, saya dan sahabat menyempatkan diri menghadiri forum ilmiah yang bertajuk Wacana Pendidikan Percuma : Relevan atau Sandiwara Politik. Tajuk tersebut sangat menarik untuk dikupas lebih-lebih lagi di kalangan kita, mahasiswa. Pertama-tamanya panel yang dijemput bukan calang-calang orang. 3 panel yang dijemput ialah Senator Mumtaz dari Pas, YB Dr Naser dari Parti Sosialis Malaysia dan Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS, merupakan seorang Think Tanker.


Relevan atau Sandiwara Politik

Untuk menjawab soalan ini, ketiga-tiga panel memberi pandangan yang cukup menarik. Ia tidak hanya disekitar pendidikan sahaja malah ia membawa satu pemikiran luar kotak.

Respon pertama diperoleh dari YB Dr Naser dan beliau bersetuju bahawa isu pendidikan percuma ini relevan di Malaysia. Namun, sebagai seorang yang berfahaman sosialis saya dapat menilai setiap butir bicara beliau adalah lebih kepada pembelaan kepada rakyat miskin dan penindasan oleh golongan kaya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh United Nation (UN) Malaysia menduduki ranking pertama di antara negara Asia Tenggara dan kedua tertinggi selepas Papua New Guinea di Asia  berhubung jurang pendapatan yang ketara antara penduduk. Makanya, tidak hairan jika purata pendapatan per isi rumah mencecah RM 4000. Ini jelas menunjukkan jurang yang cukup besar berlaku lebih-lebih lagi 40% rakyat Malaysia dilaporkan berpendapatan kurang daripada RM 1500.

Senator Mumtaz dari Pas pula secara fikrahnya membawa Islam membuka bicara dengan hadis.

Sekiranya kamu memberi anakmu ADAB, maka harta, pangkat, ilmu dan sebagainya bakal hadir bersama (hadis Nabi)

Adakah sama antara yang tidak mengetahui dan yang mengetahui( Kalamullah)

Senator Mumtaz membawa hadirin yang hadir dengan berfikir di luar kotak. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau, pendidikan percuma tidak hanya secara formal malah perlunya yang informal. Dan ia bukanlah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya tetapi ia sepenuhnya tanggungjawab IBU BAPA untuk mengajari anak-anak yang lahir terdidik dengan AKHLAK yang baik.  Relevan atau tidak? Katanya relevan kerana kita MAMPU dan kita sebenarnya KAYA namun pengagihan kekayaan itu yang tidak saksama. 

Terakhir, Mr Wan Saiful dari IDEAS menyediakan slide untuk perbincangan kali ini. Kecil sahaja orangya, namun sekali mengeluarkan kata, terpana semua. Beliau tidak berapa bersetuju dengan tajuk yang diberi. Pada beliau, pendidikan percuma mampu diberi oleh semua, samada dari parti mana-mana sekalipun tetapi yang menjadi isu ialah berKUALITIkah pendidikan yang diberikan? Makanya, tidak hanya percuma, kualiti lebih penting. Jika tidak percumalah (sia-sia) bilang orang Indonesia. 

Dan untuk sesuatu sistem itu berkualiti, perlu wujud persaingan dan pilihan. Percaya tidak, di India terdapat sekolah swasta untuk golongan miskin? Mr Wan Saiful menunjukkan beberapa gambar yang sempat dirakam dalam lawatannya ke India bagi mengkaji sistem pendidikan di sana. Maka, tidak hairan jika kanak-kanak di India lebih cemerlang kerana kualiti pendidikan yang menjadi keutamaan. Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan sebenarnya bergaji maksimum RM 400 dan yuran pengajian setinggi RM 100. Namun, atas dasar kualiti yang diutamakan mereka lebih memilih sekolah ini berbanding sekolah kerajaan yang terletak 5 minit dari sekolah tersebut. Ini membuktikan sekiranya terdapat pilihan dan persaingan kualiti pendidikan kita akan semakin baik.

Mahu kongsi lagi, cuma tunggu ya. Saya henti dulu


Tidak ada komentar: