Rabu, Maret 9

tawakkal

Secara tidak sengaja, saya terjumpa satu kisah buat renungan kita bersama semasa jalan-jalan di dunia blog ni. Satu kisah yang menarik untuk dikongsikan terutama dalam kita mendepani dugaan atau ujian yang diberi Allah buat kita.


Bertawakkallah pada Allah, bukan matamu

Di mesir, ada seorang pemuda bernama Abbas Asisi. Dia bergabung dengan organisasi Ikhwanul Muslimin. Suatu hari, dia menziarahi Syeikh Hasan Al-Banna. Sedang mereka berbincang, Abbas Asisi menyatakan rancangannya lalu Al Banna berkata," mengapa kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan.?"

"saya mempunyai masalah dengan mata dan saya rasa tidak boleh lulus dalam ujian menembak,"

"tidak apa, bertawakallah kepada Allah," kata Sheikh Al-Banna.

"Bagaimana saya akan bertawakal pada Allah sedangkan saya mengetahui ada masalah dengan mata saya,?"

"Justeru itu, bertawakallah kepada Allah. kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakkal pada matamu."

Abbas Asisi mengikuti saranan Al Banna. Dia memohon untuk memasuki bidang ketenteraan. Di saat beliau menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Tapi dia ingat pesanan gurunya itu. Maka beliau pun berusaha gigih dan menyerahkan kesudahannya pada Allah.

Ternyata, beliau lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak tersebut.

Pengajaran

Benar seperti nasihat Sheikh Hasan Al-Banna. Kita mungkin tanpa sedar bergantung harap pada kebolehan kita berbanding pada kekuasaan Allah. Kerana itu, setelah berusaha bertawakkallah dengan sebenarnya pada pemberi nikmat walau dengan segala keterbatasan yang kita ada. Segala yang telah ditakdirkan, baik atau buruk adalah yang terBAIK buat kita kerana Allah sebaik-baik perancangan.

Buat sahabat-sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan, berusahalah dan bertawakkallah pada Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua.

Rabbi yassir wala tuassir.

Bertawakallah kepada Allah, pasti kesudahannya membuat wajah anda mengukir senyuman.

2 komentar:

BLUE PIXIE mengatakan...

salam Sayang,

Akak sangat sayang kamu, jangan putus asa ya. Atas segala yang berlaku ini, biar sahaja, cuba sahaja, dan kamu lebih kenal dengan diri kamu. Tapi, tapi dik, Allah swt itu, lebih mengetahui segala-galanya.

Jangan risau..

madziani mengatakan...

Salam sayang buat kak Nur,

huhu. saya juga sayang akak :) Tak pernah, walau berkali rasanya saya jatuh. tapi tetap jalan lagi :)

InshaAllah. semoga Allah berikan yang terbaik.

akak, saya dah tak privasikan blog ni.