Kamis, Maret 10

kurang sensitif

Pengalaman menyertai gerai-gerai klinikal sepanjang di Tahun 4 memberi saya beberapa nasihat penting.

Gerai klinikal pertama

Untuk yang pertama, saya bertugas memeriksa tekanan darah pengunjung. Guna pengukur tekanan darah yang automatik je. Namun, bacaan yang saya dapat, tidak begitu boleh diterima walau saya telah mengulanginya berkali-kali.

Nasihat sahabat : Jika macam ni, minta pesakit relaks dan duduk menyandar pada kerusi. Ulang pemeriksaan jika bacaan tidak masuk akal.

Yang kedua pula, betapa kurang sensitif saya ini, saya meminta seorang pengunjung menyinsing lengan  bajunya. Waktu itu, tidaklah sangat saya perhatikan perwatakannya dan ketidakrelaannya.

Teguran sahabat saya : Lain kali, kalau macam tadi, ambil je tekanan darah tanpa dia perlu menyinsing lengan bajunya.

Ini dua teguran yang saya dapat untuk gerai klinikal saya yang pertama.


Gerai Klinikal Kedua

Tak banyak yang saya lakukan waktu ni. Pengunjung tersangatlah ramai, sampai tak menang tangan. Saya pula hanya menjaga bahagian timbangan berat badan dan tinggi. Cuma waktu ni, saya belajar jika mahu mengukur ketinggian pengunjung, perlukan pembaris panjang sebagai penanda dan juga kalkulator agar senang untuk kiraan body mass index (BMI). hihi.



Gerai Klinikal Ketiga

Pengunjung tak ramai. Ini antara gerai klinikal paling membosankan bagi saya sehingga saya sempat membaca novel Faisal Tehrani di sana. Waktu ini, saya ditugaskan untuk mengukur tekanan darah dan gula dalam darah. Untuk tekanan darah, kami menggunakan pengukur manual. Masa memula nak check, saya berdoa pada Allah agar dipermudahkan. Sebab dah terlalu lama tak guna manual ni. Saya double check tekanan darah pengunjung dan masih sama. Diastolicnya sangat rendah sehingga perlu dilakukan oleh sahabat saya. Konklusinya, pengukur tekanan darah tersebut yang terlampau sensitif. Maka, semua pengunjung yang hadir diastolicnya sekitar 20-40 mmHg. Boleh pula macam tu. Ish, ish, ish. Tapi yang best sebab dapat praktis guna manual walau bacaan tidak accurate.



Gerai Klinikal Keempat.


Yang ni paling best. Pengunjung ramai, sampai tak menang tangan. Ada satu masa tu, seorang pengunjung ingin mengetahui berat badannya. Terus je dia ke penimbang. Belum apa-apa saya ditegur. Simpanlah dulu semua barang-barang kat badan dia. Oh, kurang sensitif saya ini. Tidak sedar poket baju melayunya penuh begitu. Nanti tidak accurate pula bacaannya.

Bila saya di bahagian menguji gula dalam darah, sahabat saya menegur juga. Katanya, kalau boleh kaunselling sikit pesakit, nanti takdela bahagian kaunselling terbeban dengan ramainya pengunjung. Oh, lagi sekali saya kurang sensitif. Tahu ambil darah sahaja.

Baru empat gerai klinikal yang saya sertai. Ingatkan dah banyak. Nak join lagi jika berkesempatan. Membantu memperbaiki skill klinikal pada masa yang sama kemahiran sosial saya.

2 komentar:

Tarhata Kiran mengatakan...

huhu..... doktor dah praktis yer...

madziani mengatakan...

yup. 3 tahun pengajian di malaysia adalah untuk praktikal. sbb tu lama.