Selasa, Januari 4

minda tanpa sedar kita

Petang tadi, perbincangan usrah seputar sejarah Islam. Dari zaman kegemilangan Islam kepada zaman jatuhnya khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924. 

Selepas 1924, beberapa gerakan Islam diwujudkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Kesedaran Imam Hasan Al-Banna akan pentingnya gerakan Islam memacu perubahan umat membawa kepada tertubuhnya Ikhwanul Muslimin pada tahun  1928. Ikhwanul Muslimin merupakan satu gerakan Islam berbasis usrah yang menjadikan manhaj Al-Quran dalam memperbaiki masyarakat. Lantas, Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai model dalam mencorak gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia.

Sejarah juga membuktikan terlalu banyak sejarah-sejarah kita yang telah digelapkan. Lihat sahaja berapa banyak hadis palsu yang terhasil, sedangkan hadis merupakan setiap apa yang datangnya dari Rasulullah. Sejarah Rasulullah dan salasilah Ahlul Bait ada yang menyimpang dari kebenaran, inikan pula sejarah bangsa Melayu.

Buku teks sejarah

Dalam mempelajari sejarah Tanah Melayu, kita melihat bagaimana pejuang-pejuang terawal kemerdekaan kita seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan dll dilabel sebagai pengkhianat di mata Inggeris. Namun, buku teks kita tidak mengajari itu di sekolah. Apa yang diajari di sekolah adalah pejuang-pejuang ini akhirnya dihukum dengan pelbagai cara, ada yang dibuang negeri, ada yang dibunuh dan mayatnya ditayangkan pada orang ramai dan ada juga yang menyerah diri seterusnya diam membisu. Namun, tetap juga mereka dilihat sebagai pejuang tanahair.

Umno, MCA dan MIC bergabung membentuk parti perikatan. Umno yang sehingga kini dilihat sebagai perintis dalam mencapai kemerdekaan negara melalui jalan damai dan tanpa pertumpahan darah. Jalan ini disokong oleh pihak British dan kita berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan hanya rundingan damai.

Lantas, apa kaitannya dengan minda tanpa sedar kita?

Tidak ada komentar: