Kamis, Januari 6

minda tanpa sedar kita II

Sejarah yang kita pelajari hanya membuat kita semakin lena bukannya membuat kita semakin bangkit. Itu kesimpulan pertama saya ketika membaca sisi gelap sejarah-sejarah yang telah dipadamkan. Alhamdulillah, kemudahan teknologi benar-benar membantu mengejutkan diri yang lena.

Minda tanpa sedar kita


Universiti-universiti terbaik dunia tidak terkenal melalui bidang sains alamnya, tetapi melalui sains sosialnya. Lihatlah Oxford dan Harvard, bidang Falsafah dan Sosiologi adalah bidang yang paling banyak mendapat pembiayaan biasiswa. Kenapa sih susah-susah belajar pemikiran manusia?

Inilah waktunya kita melihat kepada sejarah. Contoh tentang 2 situasi berbeza yang saya contohkan dalam entri sebelumnya. Satu perjuangan melalui senjata berakhir dengan darah, dan satu lagi perjuangan berakhir dengan damai tanpa setitik darah tumpah. Apabila di alam menengah, kita tanpa sedar dihidangkan dengan bacaan bahawa rundingan dan perjanjian akan lebih bermanfaat kepada semua tanpa perlu angkat senjata. Tapi sedarkah kita tentang hal itu? Pastinya tidak kerana waktu itu kita hanya sibuk inginkan A dalam sejarah sahaja. Itu kisah kita 10 tahun dahulu, bagaimana pula pemikiran kita pada hari ini?


Demonstrasi dan Isu Palestin

Jika demonstrasi berlaku kita akan katakan demonstrasi itu sia-sia. Perjuangan melalui haluan kiri itu sia-sia. Menentang pemerintah itu tidak patut. Harusnya kita perlu duduk semeja berbincang, bergabung tenaga demi negara. Semestinya anda juga sangat intim dengan pandangan sebegini bukan?

Itulah minda tanpa sedar kita. Apa kita baca mempengaruhi pemikiran kita. Kerana ketika itu kita belajar sejarah, ia tertanam di minda kita. Apabila situasi yang hampir sama berlaku, kita berkomentar di pihak mana kita. Komentar kita adalah berbasis apa yang kita pegang dan apa yang kita baca. Lantas, ada yang menyokong demonstrasi dan ada yang tidak. Ada yang menyokong perjuangan melalui darah untuk selamatkan Palestin dan ada yang tidak.

Hanya kerana doktrinisasi yang terjadi ketika kita masih hingusan.

Jom!

Kita doktrinkan diri kita kembali kepada Al-Quran. Manhaj pemikiran manusia yang terbaik dari Sang Pencipta.

Tidak ada komentar: