Sabtu, Oktober 9

perihal satu hari ini

Saya mahu marah, Marah pada segelintir sikap manusia yang sengal. Yang hanya tahu mementingkan diri sendiri. Diminta tolong sedikit, diberi alasan berjela panjang. Kalau ikut hati, mahu marah lama-lama. Tapi, tidak jadi. Saya sedar pula jika dia juga telah melakukan seribu kebaikan. Apanya yang mahu dibicarakan soal satu kesalahan atas seribu kebaikan?

Senyap.

Marah hilang, senyuman terukir di bibir.

Jamuan hari raya kolej. Tengah ambil makanan, tersedar jika di sebelah saya Kak Rosnah, kakak senior saya. Kak Ros comel. Dia bakal menghadapi peperiksaan professionalnya hari isnin depan. Doakan kak ros boleh? Kak Ros bakal menghadapi misi jubah merahnya yang kedua setelah harapannya hancur pada percubaan pertama bulan Mac yang lalu.

nota: misi jubah merah merupakan misi mendapatkan ijazah perubatan ukm, MD UKM.


Tiada rahsia dalam suatu kejayaan. Ia hanyalah atas budi bicara Allah atas hambaNya. Kegagalan adalah satu ujian, kemenangan adalah satu ujian juga. Terima kasih Ya Allah, atas ujian kemenangan ini. Benar-benar takut akan lebih jauh dariMu.

nota: berusaha sehabis mungkin untuk menggapai MD UKM 2012. inshaAllah.

Tidak ada komentar: