Rabu, Oktober 6

pada nan wajahnya

Malam.
Air mata ini tak henti mengalir.
Mulanya hanya beberapa titik.
Jatuh.
Satu. Dua. Tiga.
Seminit. Sepuluh minit. Satu jam.
Lama benar.
Aku rindu ibu.
Aku rindu senyuman ibu.
Aku rindu suara ibu.
Aku benar-benar RINDU ibu.

Kembali ke kolej.
Aku dan ibu statik di Hentian Peladang.
Abangku sibuk hari itu.
Dia hanya tunggu panggilan ibu sahaja. Nanti dijemputnya ibu.
Lama kami tunggu.
Selama hampir 2 jam.
Aku kasihan sama ibu. Sama-sama tunggu di sisiku.
Lama aku duduk di sisi ibu.
Satu masa, yang semenjak aku tahu kasih ibu.
Inilah masa yang terlalu aku inginkan.
Duduk di sisi ibu.
Berlama-lama dengan ibu.
Hanya berDUA.


Ibu pendiam. Aku pendiam.
Sekejap ibu bersuara.
Aku layan kejap-kejap.
senyap.
Satu patah. Dua patah.
Senyap.
Sambung sepatah.
SENYAP.


Bas tiba. Aku naik bas.
Dari dalam bas.
Aku lihat ibu senyum padaku.
Kini aku tahu kalau
senyuman manis ini khasnya dari ibu.
Senyuman ibu sangat MANIS.
Ibu lambai tangan. Aku balas.
Ibu jalan kaki seorang diri ke pasar pagi.
Aku amati ibu lama-lama.
Ibu ada 'antalgic gait' sebab ibu ada 'osteoarthritis'.

Ibu sudah tua.
Ibu bakal berumur 60 tahun.
Ibu sudah punya kedutan di muka.
Ibu sudah ada banyak uban.
Ibu sudah TUA.

Tidak ramai yang berkesempatan
Tidak ramai yang sedar
Ada yang tidak mengenali siapa ibunya
Ada yang tidak punya kesempatan bersama ibunya
Lantas aku berSYUKUR.
Ibu masih ada.
Sampai hari ini.
Saat umurku 23 tahun.

Ibu sudah tua.
Aku sedikit-dikit makin berumur.
Entah siapa pergi dulu.
Tuhan tak duga aku.
Dengan KEHILANGAN

Ibu KUAT.
Ibu TABAH.

Kini aku sedar.
Mana datangnya sedar itu.
Sedar tentang TABAH yang aku ada.
Dari IBU

Anak sulungnya lahir tahun 1980.
Dalam pantang.
Ibu lakukan semua kerja.
Orang tua nasihat.
Jangan buat kerja berat.
Tapi ibu buat macam-macam.
Ibu seorang waktu itu.
Ayah 'outstation'.
Akibatnya.
dalam pantang.
Ibu rasa 'sesuatu' jatuh.

Jumpa doktor.
Didiagnosa Uterovaginal Prolapse
Atau rahim jatuh.
Kelahiran pertama.
Jadi kini aku faham.
Mana datang 'varicose vein' ibu.
telah teruk sampai begitu.
Namun tetap.
Ada 6 cahaya mata lagi lahir.

Ibu jalani operasi waktu umurku 16 tahun.
Ibu cuti 3 bulan dari kerja.
Baru aku tahu susahnya jadi IBU.
Aku yang lakukan semuanya.
Ibu berehat.
Malam baru sempat buka buku.
Itu hanya sekejap.
paginya bangun seawal mungkin.
Siapkan sarapan untuk semua.
Itu tugas yang ibu buat.
Baru aku lalui.
Susahnya jadi IBU.

Aku hanya mahu hidup sederhana.
Sesederhana mungkin.
Dengan Ibu.
Rinduku.
Cintaku.

Tuhan tidak duga aku dengan KEHILANGAN
Walau siapa pergi dulu.
tidaklah kehilangan yang aku rasai.
Akan aku hayati KEBERADAAN ibu di sisiku.
Walau masih samar
Aku atau ibu yang PULANG dulu...

nota: ternampak pasangan tua di hukm tadi. mataku basah sedikit, mana anaknya?

4 komentar:

Nur mengatakan...

Salam Sayang,

Aduhai, sedihnya membaca , ani, tabahlah, akak tahu,bukan mudah untuk menjadi nya, terllau mudah untuk menuturnya..

Akak jua sedang menghitung hari..andai hari itu berlaku...tetapi terhadap ayah ku..terasa sangat ngeri untuk berpisah...tapi akak pujukkan hati..kerana akak tahu, akak jua akan pergi...nah....bila masa akak fikir begini, akan terasa, owh, semua ini, ngga apa2 sahaja...enteng2 belaka...:D

jangan difikir ani, akan kesedihan ini, yakin sahaja yang terbaik akan diberikan oleh Allah...ani muda, akak tahu bangat perasaan semasa menjadi orang muda, tapi nya, ya, doa sahaja ani, doa sahaja yang terbaik akan diberikan oleh Allah swt...

doakan akak jua...kadang2 terasa mahu sahaja campak phd ku ini...tapi ini jua amanah Allah swt...yuk..mari kita sama2 juang...

dan ketahui sahaja, selawat dan zikir dan doa ani untuk ibu, akan tembus ke arasyi, ngga ada tabir2 untuk menghalangnya...:D

syukran kerana membenarkan akak menjadi sebahagian yang menyaksikan kisah hidup ani, i'm honoured..

madziani mengatakan...

Salam kak nur,

saya lebih2 terharu akak sudi membaca blog saya ini :)

terima kasih kak atas nasihatnya. saya terkadang datang sedih itu, lantas tulisnya dalam blog. cuma, kini bila semakin berusia, terasa waktu semakin dekat. itu je...

Nur mengatakan...

salam ani,

sihat? moga2 sihat sahaja...akak mushkil, kenapa updated blog ani lansung ngga muncul di dalam senarai akak? adakah sebab private?

:D

moga2 ani tabah di dalam perjuangan...

madziani mengatakan...

wslm,

alhamdulillah sihat kak, harap akak pun sihat juga. yup, sbb private kak..even tak pernah muncul dah kat mana2 link blog kawan2 saya pun...


inshaAllah kak, perjuangan itu pahit, tapi hasilnya semanis madu :)