Minggu, Agustus 29

repekan meraban

Lagi-lagi saya tukar template blog. Sungguh tidak setia saya ini.

Sehijau warna daun


Saya sukakan warna hijau, warna hijau mendamaikan saya. Masih saya ingat ketika di Bandung satu waktu dahulu. Di sekeliling kami penuh pokok. Terkadang, saya sangat suka menjemur pakaian di bumbung atas kediaman kami 22 orang. Saya pasti mengambil waktu barang 15 minit hanya untuk menikmati permandangan indah sekeliling kampung. Indah. Subhanallah. Hijau. Kawasan padi nun beberapa meter di hadapan saya, ibarat hamparan permaidani hijau kuning, damai di sana. Sungguh, negara ini kaya dengan hasil alamnya.

Jiran sebelah rumah saya punya tanah yang luas. Rumahnya gede, malah punya kolam ikan buat memancing pada kesiangan hari. Sekeliling rumah terdapat pelbagai pokok-pokok yang menghijau. Benar-benar hijau. Daun-daun sentiasa melambai-lambai ditiup angin, terkadang saat mata sudah malas menelaah buku, dari jendela bilik saya sahaja bisa saya amati pohon-pohon rendang itu. Damai benar.

Sayang. Wajah-wajah kampung Jatinangor telah hilang seiring hilangnya laptop saya. Igauan hijau daun kampung tersebut sentiasa setia menemani saya. Betapa saya rindu dedaunan hijau itu. Sehijau warna daun.

iklim dunia, globalisasi, aktivisme

Tapi sayang ya, dunia kini kurang hijaunya. Dunia ini terus dieksploitasi oleh manusia. Masih saya ingat saat pengajian Public Health saya di Jatinangor. Doktor saya menanyakan kami, kenapa Indonesia sama Brazil sering menjadi tajuk utama persidangan iklim dunia? Indonesia dan Brazil merupakan negara yang mempunyai hutan simpan terbesar di dunia. Negara ini, mestilah mengekalkan hutan simpannya agar kesan rumah hijau berkurang. Sejujurnya, berkurangkah?

Sayang benar juga. Dahulu, pertandingan debat antara sekolah saya dan ahli debat kumpulan saya mendapat tajuk era globalisasi, antara pro dan kontranya. Kumpulan saya waktu itu berada di pihak pembangkang. Betapa waktu sekolah masih jambu tentang globalisasi. Naik liat lidah ini menyebutnya. Kami kalah kerana kurang pengetahuan tentang globalisasi. Jika dahulu adalah kini, berjela-jela kontra yang mampu kami bagi, terutamanya dari sudut pandang negara sedang membangun dan negara dunia ketiga.

Tetap sayang, kerana saya sepertinya tidak pernah berada di alam debat. Mahu diteruskan, inferiority complex saya membukit. Adik saya, yang barusan menjejak alam kampus masih meneruskan karier debatnya. Saya kagum padanya, diam-diam ikut cemburu. Di mana saya yang aktivis dahulu?

Fikir saya yang langka ini

Iklim dunia sehingga kini semakin panas. Negara-negara maju terus-terusan mengeksploitasi kepentingan mereka. Negara-negara dunia ketiga pula yang terpaksa mengurangkan industrilisasi mereka dengan alasan pengeluaran asap industri melebihi had boleh merosakkan iklim dunia dan mengancam kesihatan masyarakat dunia. Tapi perlu diingat, ini jugalah faktor mengapa negara dunia ketiga tidak maju. Disekat kebebasan berindustrilisasi dan pada masa sama tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang baik. Walhal, negara maju yang saban hari mencemarkan alam sekitar diberi kad vip melakukan industrilisasi mereka, menjana ekonomi dan tetap kekal kaya. Beda sungguh.

Sayangi dunia ini

Hijaukan bumi kita kembali. eh, tidak cukup hijaukah bumi kita?

Change the way we treat each other, change the way we treat the world.

“Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri." (Surah al-Rum, ayat 41)

dan sebenarnya, ia benar. Plus, national geographic says so

Tidak ada komentar: