Minggu, Agustus 22

kecintaan




terkadang disaat merenung, aku dituntut oleh iblis tuk mempertanyakan pada sang pencipta....

" Apakah hanya aku yang merasakan beban ini tuhan...?? "

tapi, sebelum pertanyaan itu sampai,

Sang malaikat memperlihatkan seekor anak kucing yang sedang tertidur padaku......

Lawrens ғredriк тaвaиg

nota: masalah keluarga yang semakin hari semakin membarah. Saya hanya mahukan ruang sendiri tanpa ditemani sesiapa, benarkan saya bersendirian dalam segala macam hal yang saya lakukan. Saya benar-benar perlukan ruang sendiri~

nota: saya madziani bt ab majid, saya suka panggilan hana kerana maksud hana ialah kegembiraan, kebahagiaan. Saya pasti ketemu kebahagiaan yang menyelubungi gelap malam diri, ya Allah kuatkan aku, dan ikhlaskan aku dengan ujianMu ini. yezza~

CINTA jangan jauh~

2 komentar:

mamawana mengatakan...

Di suatu pagi..hari nan hening. Tiba2, terdengar dicorong telinga. Suara halus, ngiauan kedinginan, kelaparan, kesepian, ketakutan. Kelihatan seekor anak kucing yg entah berapa hari usianya, tertutup matanya dek kekotoran, seluruh tubuh bulunya kotor, kurus, kering bagai tidak mampu utk melangkah lagi. Mama ambil bawa pulang ke rumah. Suruh anak bersihkan, mandikan susukan. Mama nak g kerja. Then, di opis terasa rindu pd anak kucing itu. Apa kabarnya. Sihatkah. Tak sabar nak pulang melihat anak kucing itu. 5 hari berlalu setiap hari tak sabar nak pulang menyusukan anak kucing itu, mandikan ia. Manjakan Ia. Ia membesar, cantik, kembang bulunya bak sang tupai. Semua anak2 jiran suka bermain dgnnya. Sgt keletah bermain, sgt manja. Namun, suatu magrib ia hilang di korido. Hingga kini entah di mana. Melihat foto kucing itu buat hati mama sayu dan rindu... Walau setahun telah berlalu...

madziani mengatakan...

Mamawana sama macam mak saya, tak sanggup tengok kucing terbiar, pasti diambil dan diberi makan. satu tabiat kucing yang saya tahu, apabila dia tinggalkan kita buat selama-lamanya itu tandanya dia bakal pergi tinggalkan dunia. dah bertahun mak jaga banyak kucing kat rumah, saban bulan pasti berganti yang lain, dah nampak tabiat kucing memang begitu. kucing tidak akan tinggalkan mereka yang baik dengan sengaja, mereka pasti pulang kerana itu lumrah yang tuhan ciptakan buat mereka. ini berdasarkan pemerhatian saya dan keluarga selama bertahun-tahun menjaga kucing terbiar.

saya lagi sebak jika ada yang sanggup menganiaya kucing yang juga menumpang bumi Allah ini.