Jumat, Agustus 27

emak ingin naik haji

Baru beberapa minggu lepas saya secara tidak sengaja menemukan filem ini. Buah tangan penulis terkenal Indonesia, Asma Nadia. Kisahnya pendek, berdurasi hanya 1 jam 15 minit mungkin, tapi penuh pengajaran. Pertama-tama, tajuknya sahaja sudah melambangkan jalan ceritanya.


Tentang kisah ibu dan anak. 5 tahun ibunya mengumpul wang, baru berjaya mengumpul wang sebanyak 5 juta rupiah. Orang kata, haji itu untuk mereka yang berkemampuan, tapi usaha itu juga penting kan? Untuk menguatkan semangat ibunya, si anak yang merupakan seorang pelukis jalanan menghadiahkan lukisan Kaabah buat ibunya, agar setiap hari apabila ibunya melihat lukisan tersebut, ibunya makin mantap semangatnya.

Satu saat, si anak yang terdesak ingin menunaikan impian ibunya bertindak nekad merompak rumah jirannya yang kaya. Sudah berjaya diambil wang ratusan juta itu, namun hasratnya diurungkan kerana tersedar akan kesilapan yang bakal beliau lakukan. Nyaris-nyaris ditangkap penduduk kampung. Si anak masih tidak jemu ingin menunaikan impian ibunya. Namun pelbagai halangan yang melanda. Airmatanya menitis kerana tidak mampu menunaikan impian ibunya. Ibunya lantas berkata,

"Jangan dipikirin kalo emak sampe nggak naik haji. Ya, kalopun Allah keburu memanggil emak sebelum emak sempat ke sana, mak ikhlas kok. Raga emak mungkin nggak mampu buat melewatin samudera yang luas, tapi emak yakin Allah pasti tahu hati emak udah lama ada di situ, udah lama ada di situ begitu untuk pergi ke tanah suci"

Tidak ada komentar: