Rabu, Juli 28

akan satu hal

Kejayaan seseorang itu bergantung pada bagaimana mereka menyeimbangkan kehidupan mereka. Seseorang dilihat berjaya dengan menjadi pelakon terkenal, meraih anugerah pelajar terbaik, menjadi ikon remaja masa kini atau sebagainya. Namun, kejayaan itu bukanlah kayu ukur menunjukkan bahawa mereka telah mencapai kehidupan seimbang. Mendefinisikan kejayaan seseorang itu sangat subjektif, pandangan setiap manusia berbeza. Ada yang melihat populariti itu kejayaan, ada yang memandang pangkat dan pendidikan itu satu kejayaan seimbang yang dicapai. Namun, faktor-faktor ini adalah bersifat duniawi semata-mata. Oleh hal demikian, kejayaan beroleh kebendaan semata bukanlah satu penanda aras mereka-mereka ini berjaya di kehidupan seterusnya.

Oleh itu, persoalan yang perlu ditanyakan lagi ialah apa seterusnya? Setelah apa yang dicapai dengan penat-lelah, apa seterusnya? Ada yang apabila menanyakan soalan ini tidak menemukan jawapan atas soalan yang ditanya, lantas mengambil jalan mudah dengan menamatkan riwayat mereka. Lihat sahaja negara matahari terbit, peratusan yang bunuh diri amat serius sedangkan mereka negara yang terkedepan dalam bidang teknologi. Ada yang terus-terusan bertanya, apa seterusnya. Namun malang sekali, mereka juga tidak menemukan jawapan atas soalan yang ditanya lantas mencari identiti diri dengan melakukan hal-hal yang membahayakan kesihatan seperti minum arak, mengambil dadah, seks bebas dan sebagainya. Golongan ini, walaupun terpelajar tetap tidak dilihat sebagai ikon kehidupan seimbang.

Namun ada yang bertanya, apa seterusnya mendapatkan jawapan akan soalan yang ditanyakan. Cat Stevens yang terkenal di era 70-an, menanyakan apa seterusnya mendapatkan jawapan dengan memilih Islam sebagai jalan hidup beliau. Beliau meninggalkan populariti untuk mencari redha Ilahi. Ary Ginanjar Agustian saat bertanyakan diri beliau menemukan bahawa tingkatan tertinggi adalah apabila kita mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa (Spiritual). Lantas, sebahagian mereka mengorak langkah. Mengejar akhirat yang kekal abadi dan pada masa yang sama mendapatkan kebahagiaan dunia yang penuh rintangan.

nota: akan satu hal, rumusan ini masih tidak lengkap. idea hilang secara tiba-tiba. hurm.

Tidak ada komentar: