Sabtu, Juni 19

hanamasa

Semasa kelas pengurusan masa, ahli kumpulan saya menamakan kumpulan kami sebagai HANAMASA. Apabila ditanya apa itu hanamasa? Kenapa hanamasa?

Saya amat tertarik dengan jawapan dari penggerak kumpulan kami. Beliau menjawab

Kami pelajar twinning ni kaki makan. Asal bab makan je semua bergembira sakan. Semasa di bandung dahulu, ada satu kedai makan bernama Hanamasa yang menyediakan makanan Jepun ala bufet. Waktu ni, semua antara kami makan bersama-sama dengan bahagianya. Makanan adalah satu kegembiraan kami dan merupakan satu cara memperkukuhkan persaudaraan sesama kami. Hanamasa adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Jika berpeluang ke Bandung, ringan-ringankan diri ke Hanamasa. Tak rugi, serius.

Kamis, Juni 10

Cardiopulmonary resuscitation

Each year in the U.S., EMS treats nearly 300,000 people who suffer cardiac arrest at home, at work or in public locations. In the absense of immediate, effective CPR, the chance of survival decreases 7 to 10 percent per minute.

An individual's survival depends greatly on receiving CPR from someone nearby. However, less than one-third of cardiac arrest victims get this help. Most bystanders are worried they might do something wrong or make the situation worse.

www.handsonlycpr.org


fantasial

Punya masalah gak bisa tidur walaupun sudah jam 3.
Saya perlu menulis. Tidak puitis, tidak indah.
Garapan saat tangan pantas menulis bait-bait kata.
Tanpa hala tuju akan seperti apa garapan ini.

Nah,
memang bukan jagonya penyair

Pada asalnya ia cuma fantasial,
Garapan idea-idea nakal,
Saat aku masih hingusan,
Aku simpan rapat-rapat,
Ku biar Tuhan yang mendengarnya.

Aku cuba lari,
Lari dari kenyataan,
Kalau dunia itu
hanya igauan mimpi-mimpi yang tak sudah
atau,
tidak dapat tidak,
ingin aku lenyapkan saja
idea-idea nakal itu

namun,
fantasial itu mahu eksis,
hanya butuh waktu
sedikit-sedikit menjadi
manifestasi erti hidup ini

Sabtu, Juni 5

Untukmu jiwa-jiwa kami

Dr George  Habesh, the wise man of revolution said

make a revolution and what you will loose is your cuffs and your tents


                                                       source : barukisuglimpse

"And what do we have to loose? We don't have anything to loose. When we die, we die as martyrs" - A Palestinian teenager.

My spirits rise up 180 degrees.

dah claim dah

"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."For these 12 bloggers, please claim your award and...


i. Nominate 12 more bloggers.
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award.


Hurm, never thought that my entries positively inspired others. Banyak merapu and sedih-sedih je  : )
Tapi, disebabkan tak nak  mengecewakan hati sahabat saya, saya layan ja. Terima kasih Aishah atas hadiahnya. Saya tak ramai kawan nak bagi award ni, saya bagi pada mereka yang terlintas di fikiran je..

1. Suhaiza Mohamad . Sahabat lama saya. Sungguh tidak sangka kita mampu jadi rapat sampai sekarang. Kami punya personaliti yang sangat berbeza. Beliau sentiasa ceria dan sentiasa menggembirakan orang, saya punya sentiasa bermasam muka. Tapi beliau tahu bagaimana untuk menenangkan hati yang lara. Do keep it up, girl.

2. Fathen Suriati. Sahabat matriks saya. Mengenali beliau melalui rakan dorm saya. Beliau adalah seorang nomad semasa di matriks dahulu. Entri-entri beliau sangat bersahaja dan semestinya penuh dengan warna-warna keSURIAan. Dan benar. Saya juga tidak percaya kami masih mampu keep in touch.

3. Nurhasanah  Seorang sahabat kepada sahabat lama saya. Saya suka cara penulisan beliau. Penuh dengan informasi dan nasihat serta kritikan pedas. Beliau banyak menginspirasi pembaca tentang perihal dirinya. Pada saya, beliau benar-benar menulis dari hati. Beliau sangat suka photography. You can reach her via  her flickr.

4. Balqis Yahaya Pengikut pertama saya. Sangat suka blog beliau. Beliau sangat puitis. Susun kata dan alunan bahasa yang memikat jiwa. Penulisan biasa namun mendalam maknanya.Terima kasih kerana sudi menjadi responden bagi projek emel kami.

5. Mardhiah Masri Beliau sangat bersemangat waja. Saya sangat merindukan saat-saat saya menghabiskan masa di wad bersama beliau. Beliau gemar menulis sajak dan its really fits right into this empty heart.

6. Mieza Sudah terlalu lama blog ini dihiddenkan. Do write again dear. Beliau punya banyak benda untuk dikongsi. Dan sekali baca, anda mahu lagi.

Saya henti di sini. Saya senaraikan 6 sahaja. Fair enough right?