Jumat, Mei 21

Optimis itu perlu

Senior saya cakap,

menjadi doktor itu senang, sesenang lulus ujian, menjadi doktor yang baik itu susah, sesusah menjadi manusia yang baik

Saya bermonolog. Senang ke nak lulus ujian?

Sudah tiga minggu saya berada dalam posting ortopedik. Saya mula merasa letih. Letih hati. Jika sebelumnya saya letih fizik, kali ini saya benar-benar letih. Hatiku yang letih. Saya mencari-cari sinar baru untuk bangkit, mula tidak berfikir banyak-banyak. Lakuin aja ani, usah banyak ngomong dech. Namun, ianya semakin lama semakin pudar. Masa sih, hari ini saya begitu asyik sekali memperhatikan anatomi tangan dan segala macam urat serta fungsinya, besoknya saya dipertanyakan sang doktor akan sebegitu detail tentang anatominya lutut? Saya jadi buntu, kelu lidah tanpa sebaris kata. Semangat saya yang barusan ingin naik mula turun kembali.

Dan sekali lagi hati saya letih. Saya sanggup letih fizik, bukan letih hati. Hati apabila tenang, segala macam yang susah akan terlihat senang. Hati apabila ia segar, segala yang berat akan terlihat ringan. Mahu hati ini tidak letih. Tidak letih pada karenah sebahagian manusia, tidak letih pada segala macam cabaran, tidak letih pada segala macam tuntutan agama. Ya Rabbi, bantu hambamu ini yang masih tidak menemukan pusingan U-nya  : )
 
Mahu tahu. Saya di sini merungut bukan main akan banyaknya katil yang perlu dijaga. Padahal baru 10 katil, itu belum lagi ditolak katil di bawah team lain. Namun, senior saya di Unpad, sebahagian besar terpaksa menjaga hampir 25 pesakit sehari tanpa mengira team apa. fuh, banyak benar!


Ibnu Abbas RA ialah sahabat Nabi SAW yang digelar sebagai hibr al-ummah atau tinta umat kerana kehebatan ilmu, khasnya dalam memahami al-Quran seperti doa yang dimohon Baginda untuknya. Ibnu Abbas mempunyai pendirian unik dan patut kita miliki agar kita hidup tenang, tenteram dan bersahaja seperti beliau.

Ibnu Abbas berkata:

“Dalam diriku ada tiga keistimewaan; tidaklah hujan turun ke muka bumi, melainkan aku pasti memuji Allah dan bergembira dengannya, meskipun aku tidak mempunyai kambing dan unta; tidaklah aku mendengar seorang hakim yang berlaku adil kecuali aku sentiasa mendoakan kebaikan untuknya walaupun aku tidak mempunyai perkara apa pun yang mesti dia putuskan; dan tidaklah aku memahami maksud suatu ayat dalam kitab suci Allah, melainkan aku selalu ingin orang lain juga mengetahui isi ayat itu seperti aku mengetahuinya.”

Susah benar mahu menjadi manusia yang baik ni. Benar, benar, benar deh!

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu dan beri kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)

4 komentar:

tautanhati mengatakan...

ani, SEMANGAT!!!

madziani mengatakan...

hehe, toce2..

nutella mengatakan...

hey,sy f.4,
student sc stream.
minat yg mndalam dlm ortopedik.
tp sngt takut,
takut gagal,!
hmm,,
btw.
gud luck yea.
hope sng dpt Dr.

madziani mengatakan...

Salam,
wow, anda memang seorang yang berwawasan tinggi! saya tak pernah terfikir mahu menjadi doktor pada usia 16 tahun, hehe. ape2 pun, jangan takut untuk gagal! gagal itu lumrah, anda takkan pernah merasa nikmatnya kejayaan apabila anda tidak pernah gagal.and u learn how to become a man when u fail. really indeed, huhu.

cuma satu je. ramai ckp dr keje senang, gaji besar sume tu. yg pasti, jika benar2 mahu jadi dr, anda perlu bersedia untuk berkorban. dan saya yakin, jika anda benar2 mahukannya anda rela berkorban.heee, never thought i can say sumthing like this.

thanks 4 the wish. gud luck to you too. may u become a good muslimah, a good daughter, a good student and a good future colleague (if someday u decide to be in medical field).

p/s: orhopaedics untuk mereka yang lasak and gile2