Sabtu, April 3

segala macam untuk satu macam

Setelah sekian lama, dapat juga sebahagian dari kami berkumpul. Memeriahkan rumah Junita and the geng. Terima kasih, siblings atas makanan terbaik itu. Diriku memang kaki makan terbaik.

Dan benarlah. Dari hari ke hari, papa semakin lama semakin membesar. Entah penangan apa yang melanda beliau. Perbezaan yang begitu ketara lagi. Sehingga diriku memberi komentar di fb-nya.

Diriku : lihatlah papa sekarang..huhu

Dr Fathur : kerana ape? nasi lemak?

Benar. Diriku kangen pada keakraban sesama doktor-doktorku. Prof Tri aka Dr Tri. Diriku masih mengingati pesanmu. Pesanmu dalam portfolioku saat aku masih hingusan di sekolah kedokteran.

Enjoy your medical school till the end

Dr Ike! Hanya beliau sahaja yang mengetahui betapa depresinya diriku di tahun pertama itu. Di tahun ketiga, beliau hadir memelukku ketika soca cardio-respi.

Kamu pasti bisa!

Sudah hampir 4 tahun. Bakalan menjejaki 5 tahun diriku di sekolah kedokteran. Segala macam hal menarik yang berlaku terhadapku. Mahu menghabiskan sisa 2 tahun, Insha Allah dengan pelbagai macam hal. Agar diriku tidak menyesali segala apa yang aku lakukan di sekolah kedokteran ini.

Apa yang perlu diriku lakukan, hanyalah menempuhinya dan jangan lagi menoleh ke belakang berkata itu ini.


When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden star (sky)
And the sweet silver song of a lark

Walk on
Through the rain
And your dreams be tossed and blown

Walk on
Walk on
With hope
In your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
You'll never walk alone

Liverpool FC

kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambanya.

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan

40 hadis Imam An-Nawawi : muka surat 34

nota : wah! panjang juga entri kali ini walaupun ideanya agak bertebaran sana-sini. Masih lagi belajar menjadi penulis yang baik.

nota : Sesungguhnya diriku dulu peminat Liverpool.

5 komentar:

Al-Mizan mengatakan...

liverpool dh xd harapan..

Anonim mengatakan...

salam ani,

ihfazillaha yahfazka!

bittaufiq wannajah!:)

madziani mengatakan...

Al-Mizan:
Tahun depan, depan dan lagi depan pasti milik liverpool

Anonim:
wslm anony,

hurm,
saya penasaran siapa sih kamu? Syukran jazilan ya

pakkordi mengatakan...

Sokong lah Liverpool semula. Penaja nya dah tak haram lagi. Well, mungkin 50% haram lah. Keh keh keh.

madziani mengatakan...

pakkordi:

saya dah tak layan bola sangat dah. dulu je sanggup berjaga malam, sekarang dah tak. ade ke 50% haram? klu haram, tetap haram..xde nego2 ni