Minggu, April 25

mesej

Masa di Bandung, saya ada seorang mentor yang akan membantu saya dalam hal-hal belajar dan pada saya segala macam hal. Kadang-kadang, saya tak tahu nak bagitahu sesiapa, saya bagitahu akak mentor saya. Seingat saya, agak susah untuk mendapatkan contact numbernya kerana pada masa tersebut, di angkatan 2005 terdapat 2 nama yang sama. Saya pula hanya mengetahui nama depannya sahaja. Akak mentor saya sangatlah baik. Dia yang mesej saya dahulu (bukan kerana saya tidak mahu memulakan langkah pertama, cuma sebelum sempat saya menghantar mesej perkenalan, akak mentor saya telah dahulu melakukan langkah pertama)

 Kali pertama bertemu 4 mata dengan beliau, saya jadi segan. Akak beria-ia mengajak saya ke majlis ilmu. Seingat sayalah, tajuk talk tersebut ialah Nikah Connecting People. Tajuk hangat. Saya je yang hangat-hangat tahi ayam. Saya pergi kerana memenuhi permintaan akak mentor saya (ye saya tahu niat saya tak betul, but at least saya dapat juga beberapa nasihat dari talk tu)

"Mana akak tu? " tanya saya pada sahabat saya yang mengenali akak mentor saya.

"tue..." sambil jarinya mengarah pada seorang akak di hadapan dewan.

Akak ahli Islamic Malaysian Association (IMAN) rupanya. Sepanjang kenal akak mentor saya, saya melihat transformasi besar yang beliau lakukan. Mengenakan tudung labuh. Saya bertambah segan dengan akak mentor saya. Ini tidak termasuk mesej-mesej semangat yang saya dapat dari beliau dan juga tips-tips belajar yang akak mentor saya kongsikan dengan saya. Akak mentor saya sentiasa punya nasihat yang kadang-kadang buat saya semangat dan pada masa yang sama buat saya menangis menginsafi akan kejahilan diri.

mesej satu:

Salam Ani,
InsyaAllah ani, ingat jangan bertangguh dalam menuntut ilmu. Kalau ani tidak tahu, masa itulah ani belajar dan mencuba yang baru. Jangan malu, jangan malas dan jangan takut.
Belajar adalah hak kita. Kita kena benar-benar bertanggungjawab dengan amanah kita.
Kelak, kita akan jadi doktor, sudah semestinya kita mahu menjadi Hiqh Quality Full Packaged doctor. Di situlah kita diperlihatkan ilmu dan skill kita.
Mesti kita tidak mahu kecewakan pesakit-pesakit kita tak?Ayo, dari sekarang kita bermula :)
Wallahualam 
mesej dua:
Salam ani,
Alhamdulillah, ada dokter spesialis anes pernah nasihatkan macam ini,
"Jadlah kalian seperti anak kecil, apabila melihat sesuatu mereka melihat dengan teliti dan kritis. Apabila mereka tidak tahu, mereka cepat bertanya, apabila mereka merasa tidak puas dengan jawapan itu, mereka akan terus mencari"
Syukur, saya dipertemukan dengan insan sebaik beliau. Beliau tahu kata-kata terbaik untuk saya. Kangen~

6 komentar:

Anonim mengatakan...

Yah,

Akak selalu cemburu dengan mereka-mereka yang bergelar doktor - pahala melimpah ruah sehingga setinggi langit!

Ini blog akak yang baru
http://stunningyellow.blogspot.com/

Mahu jumpa kamu semasa sudah di tanah air, boleh ya? :)

madziani mengatakan...

Salam akak,

saya yakin setiap bidang yang diceburi punya kelebihan masing2. tak perlu cemburu, kak.

insha Allah, nnt saya pi melawat blog baru akak

saya senang amat mahu jumpa sama akak. bisa aja. lagipun saya sememangnya sudah berada di malaysia. gak bolak-balik ke indonesia. nanti saya email ya :)

Menggapai Edensor mengatakan...

siapakah gerangan akak itu ani??
:)

madziani mengatakan...

Kak aimi kesayangan saya. ade link blog dia kat teman tu :)

Menggapai Edensor mengatakan...

oh kak aimi..
byk kali ketemu..

walau tidak kenal secara mesra


tapi beliau pernah menghalau nyamuk yang hinggap di tgn saya..hehe
mungkin dia sudah lupa tp sy masih igt..terima kasih ya kak.

madziani mengatakan...

ok, harap kak aimi baca ni :)