Rabu, April 28

jiwa kacau

Di tahun 2007, saya dan rakan-rakan (yang semestinya kami ketika itu berada di Bandung) dikejutkan dengan satu kejadian bunuh oleh pelajar ipdn, jatinangor.  Ternyata, kejadian ini benar-benar menarik minat saya. Pada masa itulah saya mengetahui jika ipdn ternyata punya sisi-sisi gelap yang berpuluh tahun tersembunyi di balik bangunan yang gah itu. ipdn undercover berjaya membongkar sisi-sisi gelap pelajar institusi tersebut. Pelajar yang disyaki terbabit dalam kes bunuh tersebut dikatakan masih bebas dan meneruskan pengajiannya, dosen yang mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa adalah mangsa bunuh dikeluarkan serta-merta dari institut terbabit. Laporan sebenar post mortem mangsa juga dirahsiakan dari pihak media dan ibu bapa mangsa. Beberapa siri demonstrasi dilakukan oleh mahasiswa menuntut kebenaran dari kes itu.

Saya ingatkan kes sebegini hanya berlaku di dalam drama. Rupa-rupanya ia benar-benar berlaku (jernih sungguh pemikiran saya pada waktu itu).  Pihak polis melaporkan bahawa ibu bapa mangsa tidak menuntut laporan bedah siasat mangsa, namun ini dibidas keras oleh ibu bapa mangsa yang sebenarnya inginkan kepastian penyebab kematian anak mereka. Pakar forensik yang melakukan bedah siasat merupakan dosen unpad yang turut sama terjebak dalam kasus yang pada saya- mestilah semuanya dirahsiakan dari orang ramai dan media.

Oh, saya sedar jika kebenaran harus ditegakkan. Saya juga yakin, dosen saya itu juga berada dalam keadaan serba-salah (beliau pernah mengajari kami ilmu forensiknya, jadi agak kenal personaliti beliau). Memilih menyampaikan hal sebenar atau melayan karenah orang atasan (tak ramai orang nak pilih option pertama). Pakar forensik merupakan lidah bagi si mati. Di saat si mati sudah kaku tanpa bicara, ahli forensiklah yang akan menyampaikan kesudahan cerita si mati kepada orang lain. Ternyata, pangkat, harta mampu membeli kesudahan cerita si mati. (adakah saya terlalu menghiperbolakan benda ni?)

Sebenarnya saya nak cerita tentang satu buku ni. Ia bertitik-tolak dari perbincangan dengan rakan-rakan. Rakan saya yang seorang ini menceritakan tentang satu  buku yang dibaca dari rakannya. Di sebalik kisah pembunuhan Altantuya. Ada beberapa dokumen rahsia yang didedahkan dalam buku tersebut (pelik jugak bagaimana si penulis buku mendapatkannya dan mampu menerbitkan hasil kajiannya lewat buku). Satu fakta yang diberikan rakan saya, hanya beberapa orang sahaja mampu akses pada bom yang digunakan untuk membunuh si mati.

hurm. saya sudah kehabisan idea. Inilah masalahnya apabila idea saya datang ketika hendak tidur dan saya pula malas untuk mencatatnya barang sejenak.

kesimpulan: tak semua yang dikatakan benar itu adalah benar, dan tak semua yang dikatakan palsu itu adalah palsu. anda mungkin membaca apa yang saya tulis, tapi terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak. anda sendirilah yang menentukan pilihan anda. dan saya tahu citation needed.

nota: kali ni saya benar-benar kacau-bilau, huru-hara, haru-biru. tertembak

Tidak ada komentar: