Senin, Februari 8

zaman dulu-dulu

Salam,

amaran: ini entri panjang dan membosankan.

Satu kebiasaan yang sering terjadi kalaku belajar di Indonesia ialah kekerapan berlakunya gangguan elektrik. Kadang ia hanya seminit dua, kadang berminit-minit dan kadang ia mencecah hampir 36 jam. Dan satu kebiasaan lagi, jika berlakunya gangguan elektrik, beberapa jam selepas itu bekalan air pasti terputus.

Ini kisah gangguan elektrik yang paling lama pernah kami, warga Pondokan Putri Helvida alami. Malam. Sedang ingin menyiapkan kerja sekolah. Banyak. Nasib baik esok cuti. Leka membaca dan melakukan sedikit revisi. Gelap. Sunyi. Terdengar beberapa keluhan rakan di luar sana. Mati lampu lagi. Aku senyum. Ada alasan mahu tidur awal hari ini. Kututup buku. Melangkah ke katil. Berharap esok pagi, kalau tidakpun tengah malam ini elektrik akan ok.

Lenaku terganggu. Aku membuka mata. Gelap. Masih mati lampu? Pelik. Tidak seperti biasa ni. Malasku menggunung tak tertahan. Aku meneruskan tidurku. Pagi. Subuh bakal menjelma. Ku tahu itu. Ia kebiasaanku terjaga waktu itu. Anugerah tuhan untuk aku. Tanpa perlu aku kunci jam atau telefon bimbitku.

Ketukan di pintu. Ku buka pintu. Si Via yang ingin menumpang tandas. Katanya tandasnya kehabisan air. Mati lampu lagi. Habis air. Apa lagi yang tinggal? Keluhan datang. Kenapa begini hari ini? Ia berlanjutan hingga sore hari. Masing-masing tengah mengalami kesulitan. Stress. Kali pertama menghadapi dugaan sebegini. Aku juga begitu. Panas hati. Lebih-lebih lagi aku tengah PMS. Boleh pulak si penduduk Mulana menghadirkan lawak sengal. Mandi ajelah dengan aqua tu. Segalon tu. Haha.

Kau tahu. Kami kalut bukan main. Benar. Segala macam keluhan dan permintaan datang dari penghuni rumah. Pak Apin (penjaga rumah agam kami) tenang menghadapi karenah kami. Sedang kami, kalau tidak mengeluh, memarahi. Penyelesaian. Kami beramai-ramai menyerbu warga Sukawening. Mandi. Memasak untuk hari esok (lagi mahu ada jamuan sama doktor esok, udah janji nih).

Malam. Separuh hari di Sukawening. Apa kabar Caringin? Aku dan teman-teman pulang. Berharap mati lampunya sudah hidup. Berharap airnya gak putus lagi. Dari jauh kulihat. Rumah agam kami bercahaya. Yeay!

Alhamdulillah. Sudah ada elektrik, airnya juga sudah ada. Aku mandi lama-lama. Membasuh baju yang sebakul itu, menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Aku ceritakan kisah hari ini pada ayah. Aku katakan pada ayah. Yang bagusnya, penduduk kampung yang sekeliling kami semuanya biasa je. Ni, penduduk kampung dari Malaysia je yang macam-macam. Ayah ketawa. Tuhan nak suruh semua bersyukur dengan apa yang ada la tuh. Jangan kufur nikmat.

Banyak benda aku pelajari dari masyarakat sana. Kata yang sangat menyentuh aku. Kata-kata dari Ibu Antik Bintari, dosen fakultas ilmu sosial dan ilmu politik (FISIP).


"Seseorang yang selalu menderita, sesungguhnya akan menyulam kekuatan dalam diri"

 
Gambar : dikopi pastakan dari fb syahrul. kakek yang tekun belajar dalam gelap.
Terima kasih tuhan atas segala pengajaran hidup yang aku lalui. Syukur. Aku lalui 3 tahun lalu dengan pelbagai rasa. Tetap jua di sini, aku mengalami pelbagai rasa. Beberapa sisa sebelum pengakhiran tahun 3.

Tuhan, kuatkan dan ikhlaskan aku.

6 komentar:

Siti Umairah Hamid mengatakan...

terharu membc ketabahan penulis, hehe

madziani mengatakan...

Thanks umai sebab sudi baca. saya tak tabah, orang indonesia yang tabah. saya segan dengan mereka. jadi saya berlagak tabah sedang hati rapuh amat.

kita berdoa mengharap kekuatan dari Allah, dan Allah hadirkan ujian untuk jadikan kita kuat.

selamat belajar dan selamat menempuh peperiksaan akhir :)

Menggapai Edensor mengatakan...

ani sgt terharu juga...kite same2 laluinye walaupun kdg2 tuh hilang jugak sabar..angkat air dari umah pak apin tuh la yg tak leh lupe..semoga kekuatan itu masih terus menyulam dalam diri kita..cam pelik je ayat neh..hehe..wah tekun nye kakek..kalu saye dah tido dah..

madziani mengatakan...

Salam,

nisah, kekuatan itu pasti akan terus menyulam dalam dirimu. keep moving on ya. saya sentiasa menyokong kamu!

p/s: saya pun dah tidur kalau takde pe2. huhu

モバゲー mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.
スタービーチ mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.