Kamis, Februari 11

nota dari fb

Salam,

hehe. Yup. Aku update blog walaupun cakap dah nak stop (tak kuat iman betul)

Aku terharu dengan nota ketua aku di fb. Aku nak simpan nota tu kat sini. Aku mungkin tutup fb, tapi aku tak rasa aku akan tutup blog walau blog aku merapu je lebih.

--------------------ceritera ketua twp06---------------------------------
sahabat-sahabatku....

Igt lagi x dulu masa first time kita sampai kat bandung dalam bulan 6 tahun 2006..??
subhanallah...masa tu hepi sgt bercampur rindu kat rumah..
time by time...hubungan kita satu twp makin erat.. makin rapat....
masa tu byk isu/pkr yg kita harungi sama2... dengan PADMA... sampai aj nanges2, letak jawatan (sori Aj hehehehe )... dengan imigresen nyer... dengan budak KPBI nyer ...dengan typhoid,hep A...dengan eksiden... byk bende kan???

n satu yg aku bangga dengan twp is kita kompak...
aku rasa kita dah mcm satu family kat sana..ada mak, ada kakek, ada papa,ada abg long...mcm-mcm
bila aku tgk gambr2 masa kita kat Bandung dulu leh tergelak sendiri, mcm2 kerenah..
dan masa tu aku igt lagi kalo yg laki kakek siap dapat title malaikat subuh...
yg pompuan lak pada aku antara yg terbaik aku prnah tgk...( aku respek)

dan pas 3 tahun kita balik UKM...byk perubhan yg leh aku perhatikan...makin aktif.. makin matang... makin gemuk pun ada jugak... (aku slah sorg yg obvious)..alhamdulillah yg tu..
tp yg aku sedih skit.. ada yang sosial antara kita makin menjadi-jadi...xtau la kalo2 mata aku makin keranjang ke... atau mmg kita yang berubah... tepuk tampar laki pompuan cam dah jadi biasa sgt(walaupun berlapik)...pakaian ketat makin byk...(mgkin efek tambah berat badan tp xsedar)..wallahualam...

aku tuju notes ni kat semua budak twp n aku sendiri (bukan spesifik kepada individu2 tertentu) supaya kita blh sama2 pk..muhasabah diri kita mcm mana skrg...dari aspek pelajaran aku serahkan kepada diri masing2... tp dr aspek rohani aku harap kita dapat improve... kita tunjuk yg beza kita dengan yang laen...

korang nak ke kalo org laen ckp " budk twp tu rapat tp open sgt... sosial giler..."???

bagi aku,aku prefer org ckp " budak twp tu wlpn open tp still jaga batas....diorg rapat"

...korang fikir2kan lah k...

aku just hope kita budak twp dpt kekalkan ape yg baik dr Bandung dan amik pengajran dr ape yang xspatutnya kita buat...and saling tegur-menegur, berlapang dada, dan nasihat menasihati btwn each other sampai bila2... xterhad kepada masa2 tertentu...

              gambar : twp06 (ada beberapa orang yang missing in action)

p/s :
notes ni kalo radzli,syahrul,fadly baca mesti habis aku kene kutuk...hahahaha

"jika berlaku kemungkaran cegah lah dengan kuasa...jika tidak mampu cegahlah dengan lisan...
jika tidak mampu cegahla dengan hati dan itu adalah selemah2 iman"
hikmah...
--------------------------------------------------------------------------------

jujur.

aku terharu dengan luahan hati dia. sangat gembira dapat kenal seseorang macam dia. masih aku ingat akan segala nasihat dia pada aku. (sebijik macam bapak aku)

jangan jalan sorang-sorang lagi (bila aku suka sangat keluar beli makanan sorang-sorang kat bandung dulu)

jangan sedih-sedih lagi (bila aku hilang duit 5.6 juta dulu, tak sedih pun sebenarnya sebab tahu salah sendiri)

dan segala macam jangan untuk kami, tapi dalam bentuk yang berhikmah.

nota : Aku bukan perosak bahasa, cuma aku tak nak aslinya nota ini hilang.

nota : ia menjadi topik perbincangan kami, namun usaha untuk berkata itu agak sulit (aku tahu ini cuma alasan semata)

9 komentar:

Siti Umairah Hamid mengatakan...

masih aku ingat akan segala nasihat dia pada aku. (sebijik macam bapak aku)

sebab tu lah namanyer papa..hehe, sori ani, sajer nak komen wlupn kiter takder kna mengena lnsg ngn post ani ni, jgn mare...

madziani mengatakan...

ada byk sebab dia dipanggil papa. ini hanya salah satu drp juta-juta sebab.

xpe, ani tak kisah la, x marah pun

Siti Umairah Hamid mengatakan...

bagos la, kecik2 lagik da jadi bapak kepada berpuloh2 anak, hikhik.. dengar, jgn tak dgr nasehat bapak tuh..=P

madziani mengatakan...

InsyaAllah, didengari sih

nur_aishah mengatakan...

Salam Ani,

Sbg sbhg dari keluarga twinning sy pun rasa yg sama. DIam-diam papa berisi..dan semakin berisi..hehe.
Mungkn ada yg pernah terfikir tp tak seberani Faris utk menyuarakannya. Alhmdulillah akhirnya perkara ini diluahkan juga.

P/s: sy pun mcm awk juga..gatal update blog smlm..hihi
nnt akan ada trip ke melaka ujung bln 4 ni utk ex study grup ku tersayang..further info aftr exam.

wslm

shafinie mengatakan...

http://www.jangantekanini.co.cc/

madziani mengatakan...

Aishah:

wslm, aishah.
sama-samalah kita berpesan-pesan. tak perlu ilmu yg banyak, cukup sekadar kita tahu dan amal.

p/s: wah, tak sabarnya nak pi :)

shafinie:

thanks

Dr Amad mengatakan...

La papa rupanya nasihat ni...bagus papa..sayang seorang papa sayang tiada syarat..=)

Go twinning go

madziani mengatakan...

A'ah, faris yang nasihat. ada lagi sambungan nasihat dia kat fb,kami anak-anak kne dengar leteran dia tuk pusingan kedua :)

trimas atas komen.