Kamis, Februari 25

buku lagi

takde bende lain nak buat.


Buku : Rembulan tenggelam di wajahmu.

Terjumpa buku ini di rak buku. Masih kelihatan baru. Antara koleksi buku karya Tere Liye yang sanggup aku hadam berkali-kali. Buku ini berada di tangga kedua selepas buku Hafalan Shalat Delisa.

Penulisan Tere Liye kali ini agak berbeza berbanding karya-karya beliau yang sebelumnya. Kali ini beliau menghadirkan pembaca kepada satu dunia imaginasi alam roh.

Satu-persatu imbasan masa lalu, Ray (watak utama) yang ketika itu sedang koma dipertunjukkan kepadanya oleh manusia berwajah tenang itu. Membawanya mendapatkan 5 jawapan atas 5 persoalan Ray kepada Tuhan. Menghadirkan kesedaran dalam teknis penulisan yang tersendiri. Seperti biasa, adalah pelik membaca karya beliau tanpa mengalirkan airmata. Pengakhiran yang tidak diduga.

Perkaitan demi perkaitan antara satu watak dengan watak yang lain. Membawa kita kepada satu kesimpulan ringkas “kita tidak mungkin bisa hidup sendiri di dunia, mereka hadir dalam hidupmu untuk melengkapi antara satu sama lain”

Keberadaan aku, kamu dan mereka adalah untuk kita saling lengkap-melengkapi setiap cerminan mozek kehidupan kita hingga akhir nafas. Untuk peminat novel, this is a must read book.

2 komentar:

Lailyvia Mohd Ishak mengatakan...

Aku sudah membaca buku itu.. Thanks Ani sebab pinjamkan hari kemarin.. and sholat delisa tu.. sholat delisa tu kalau ade lagi, mau pinjam lagi bole? dah ulang ntah berapa kali tapi still menyentuh hati.. rindu nak baca bahasa2 sana.. rindu Bandung jugak.. :))

madziani mengatakan...

sori lambat reply. ada. tapi kat rumah. ko nak, nanti aku bawakkan bila2, maybe bulan 3 aq ade blk rumah, tp aq kne blk sini gak..so aq blk mase tu je k.