Kamis, Februari 25

buku lagi

takde bende lain nak buat.


Buku : Rembulan tenggelam di wajahmu.

Terjumpa buku ini di rak buku. Masih kelihatan baru. Antara koleksi buku karya Tere Liye yang sanggup aku hadam berkali-kali. Buku ini berada di tangga kedua selepas buku Hafalan Shalat Delisa.

Penulisan Tere Liye kali ini agak berbeza berbanding karya-karya beliau yang sebelumnya. Kali ini beliau menghadirkan pembaca kepada satu dunia imaginasi alam roh.

Satu-persatu imbasan masa lalu, Ray (watak utama) yang ketika itu sedang koma dipertunjukkan kepadanya oleh manusia berwajah tenang itu. Membawanya mendapatkan 5 jawapan atas 5 persoalan Ray kepada Tuhan. Menghadirkan kesedaran dalam teknis penulisan yang tersendiri. Seperti biasa, adalah pelik membaca karya beliau tanpa mengalirkan airmata. Pengakhiran yang tidak diduga.

Perkaitan demi perkaitan antara satu watak dengan watak yang lain. Membawa kita kepada satu kesimpulan ringkas “kita tidak mungkin bisa hidup sendiri di dunia, mereka hadir dalam hidupmu untuk melengkapi antara satu sama lain”

Keberadaan aku, kamu dan mereka adalah untuk kita saling lengkap-melengkapi setiap cerminan mozek kehidupan kita hingga akhir nafas. Untuk peminat novel, this is a must read book.

Kamis, Februari 11

nota dari fb

Salam,

hehe. Yup. Aku update blog walaupun cakap dah nak stop (tak kuat iman betul)

Aku terharu dengan nota ketua aku di fb. Aku nak simpan nota tu kat sini. Aku mungkin tutup fb, tapi aku tak rasa aku akan tutup blog walau blog aku merapu je lebih.

--------------------ceritera ketua twp06---------------------------------
sahabat-sahabatku....

Igt lagi x dulu masa first time kita sampai kat bandung dalam bulan 6 tahun 2006..??
subhanallah...masa tu hepi sgt bercampur rindu kat rumah..
time by time...hubungan kita satu twp makin erat.. makin rapat....
masa tu byk isu/pkr yg kita harungi sama2... dengan PADMA... sampai aj nanges2, letak jawatan (sori Aj hehehehe )... dengan imigresen nyer... dengan budak KPBI nyer ...dengan typhoid,hep A...dengan eksiden... byk bende kan???

n satu yg aku bangga dengan twp is kita kompak...
aku rasa kita dah mcm satu family kat sana..ada mak, ada kakek, ada papa,ada abg long...mcm-mcm
bila aku tgk gambr2 masa kita kat Bandung dulu leh tergelak sendiri, mcm2 kerenah..
dan masa tu aku igt lagi kalo yg laki kakek siap dapat title malaikat subuh...
yg pompuan lak pada aku antara yg terbaik aku prnah tgk...( aku respek)

dan pas 3 tahun kita balik UKM...byk perubhan yg leh aku perhatikan...makin aktif.. makin matang... makin gemuk pun ada jugak... (aku slah sorg yg obvious)..alhamdulillah yg tu..
tp yg aku sedih skit.. ada yang sosial antara kita makin menjadi-jadi...xtau la kalo2 mata aku makin keranjang ke... atau mmg kita yang berubah... tepuk tampar laki pompuan cam dah jadi biasa sgt(walaupun berlapik)...pakaian ketat makin byk...(mgkin efek tambah berat badan tp xsedar)..wallahualam...

aku tuju notes ni kat semua budak twp n aku sendiri (bukan spesifik kepada individu2 tertentu) supaya kita blh sama2 pk..muhasabah diri kita mcm mana skrg...dari aspek pelajaran aku serahkan kepada diri masing2... tp dr aspek rohani aku harap kita dapat improve... kita tunjuk yg beza kita dengan yang laen...

korang nak ke kalo org laen ckp " budk twp tu rapat tp open sgt... sosial giler..."???

bagi aku,aku prefer org ckp " budak twp tu wlpn open tp still jaga batas....diorg rapat"

...korang fikir2kan lah k...

aku just hope kita budak twp dpt kekalkan ape yg baik dr Bandung dan amik pengajran dr ape yang xspatutnya kita buat...and saling tegur-menegur, berlapang dada, dan nasihat menasihati btwn each other sampai bila2... xterhad kepada masa2 tertentu...

              gambar : twp06 (ada beberapa orang yang missing in action)

p/s :
notes ni kalo radzli,syahrul,fadly baca mesti habis aku kene kutuk...hahahaha

"jika berlaku kemungkaran cegah lah dengan kuasa...jika tidak mampu cegahlah dengan lisan...
jika tidak mampu cegahla dengan hati dan itu adalah selemah2 iman"
hikmah...
--------------------------------------------------------------------------------

jujur.

aku terharu dengan luahan hati dia. sangat gembira dapat kenal seseorang macam dia. masih aku ingat akan segala nasihat dia pada aku. (sebijik macam bapak aku)

jangan jalan sorang-sorang lagi (bila aku suka sangat keluar beli makanan sorang-sorang kat bandung dulu)

jangan sedih-sedih lagi (bila aku hilang duit 5.6 juta dulu, tak sedih pun sebenarnya sebab tahu salah sendiri)

dan segala macam jangan untuk kami, tapi dalam bentuk yang berhikmah.

nota : Aku bukan perosak bahasa, cuma aku tak nak aslinya nota ini hilang.

nota : ia menjadi topik perbincangan kami, namun usaha untuk berkata itu agak sulit (aku tahu ini cuma alasan semata)

Selasa, Februari 9

the divine book

Salam,

Baru selesai mengkhatam video dari wakeupproject : The Divine Book.
10 episod semuanya.

Nak kongsi satu dari 10 video yang ada.







Saya ambil masa yang lama untuk memahami teori ini. Dengan video berdurasi 10 minit, sekurang-kurangnya saya mendapat general idea apa itu Teori Big Bang.


"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya : dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air ; maka mengapa mereka tidak beriman?"  (al-Anbiya' 21:30)

mesej: mencari kebersamaan dalam perbezaan.

nota : entri akhir sebelum exam final. saya kena insafkan diri nih.

Senin, Februari 8

zaman dulu-dulu

Salam,

amaran: ini entri panjang dan membosankan.

Satu kebiasaan yang sering terjadi kalaku belajar di Indonesia ialah kekerapan berlakunya gangguan elektrik. Kadang ia hanya seminit dua, kadang berminit-minit dan kadang ia mencecah hampir 36 jam. Dan satu kebiasaan lagi, jika berlakunya gangguan elektrik, beberapa jam selepas itu bekalan air pasti terputus.

Ini kisah gangguan elektrik yang paling lama pernah kami, warga Pondokan Putri Helvida alami. Malam. Sedang ingin menyiapkan kerja sekolah. Banyak. Nasib baik esok cuti. Leka membaca dan melakukan sedikit revisi. Gelap. Sunyi. Terdengar beberapa keluhan rakan di luar sana. Mati lampu lagi. Aku senyum. Ada alasan mahu tidur awal hari ini. Kututup buku. Melangkah ke katil. Berharap esok pagi, kalau tidakpun tengah malam ini elektrik akan ok.

Lenaku terganggu. Aku membuka mata. Gelap. Masih mati lampu? Pelik. Tidak seperti biasa ni. Malasku menggunung tak tertahan. Aku meneruskan tidurku. Pagi. Subuh bakal menjelma. Ku tahu itu. Ia kebiasaanku terjaga waktu itu. Anugerah tuhan untuk aku. Tanpa perlu aku kunci jam atau telefon bimbitku.

Ketukan di pintu. Ku buka pintu. Si Via yang ingin menumpang tandas. Katanya tandasnya kehabisan air. Mati lampu lagi. Habis air. Apa lagi yang tinggal? Keluhan datang. Kenapa begini hari ini? Ia berlanjutan hingga sore hari. Masing-masing tengah mengalami kesulitan. Stress. Kali pertama menghadapi dugaan sebegini. Aku juga begitu. Panas hati. Lebih-lebih lagi aku tengah PMS. Boleh pulak si penduduk Mulana menghadirkan lawak sengal. Mandi ajelah dengan aqua tu. Segalon tu. Haha.

Kau tahu. Kami kalut bukan main. Benar. Segala macam keluhan dan permintaan datang dari penghuni rumah. Pak Apin (penjaga rumah agam kami) tenang menghadapi karenah kami. Sedang kami, kalau tidak mengeluh, memarahi. Penyelesaian. Kami beramai-ramai menyerbu warga Sukawening. Mandi. Memasak untuk hari esok (lagi mahu ada jamuan sama doktor esok, udah janji nih).

Malam. Separuh hari di Sukawening. Apa kabar Caringin? Aku dan teman-teman pulang. Berharap mati lampunya sudah hidup. Berharap airnya gak putus lagi. Dari jauh kulihat. Rumah agam kami bercahaya. Yeay!

Alhamdulillah. Sudah ada elektrik, airnya juga sudah ada. Aku mandi lama-lama. Membasuh baju yang sebakul itu, menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Aku ceritakan kisah hari ini pada ayah. Aku katakan pada ayah. Yang bagusnya, penduduk kampung yang sekeliling kami semuanya biasa je. Ni, penduduk kampung dari Malaysia je yang macam-macam. Ayah ketawa. Tuhan nak suruh semua bersyukur dengan apa yang ada la tuh. Jangan kufur nikmat.

Banyak benda aku pelajari dari masyarakat sana. Kata yang sangat menyentuh aku. Kata-kata dari Ibu Antik Bintari, dosen fakultas ilmu sosial dan ilmu politik (FISIP).


"Seseorang yang selalu menderita, sesungguhnya akan menyulam kekuatan dalam diri"

 
Gambar : dikopi pastakan dari fb syahrul. kakek yang tekun belajar dalam gelap.
Terima kasih tuhan atas segala pengajaran hidup yang aku lalui. Syukur. Aku lalui 3 tahun lalu dengan pelbagai rasa. Tetap jua di sini, aku mengalami pelbagai rasa. Beberapa sisa sebelum pengakhiran tahun 3.

Tuhan, kuatkan dan ikhlaskan aku.

Jumat, Februari 5

...

Dia sentiasa punya sesuatu yang menarik untuk dikongsi.

Terima kasih, ya teman.
Bersyukur dapat mengenalimu walau hanya di dunia maya.

                                                   no matter who you are


buat semua : binnajah wattaufiq!

Rabu, Februari 3

semangat!!!

                                                                                                                                                         
    Bagaimana mahu aku hadirkan semangat itu,

dikala keputus asaanku sudah mencapai tahap nihil?