Senin, Januari 11

zaman dulu-dulu

Tak besar mana. Biasa-biasa je.

Itu antara jawapan saya ketika ditanya bagaimana  program Palestin di Indonesia.

Petang tadi, sempat saya berbual sekejap bersama teman saya. Mengingati kembali zaman 3 tahun di bumi Jatinangor (Asyik mengenang je). Dulu, saya sangat bersemangat menghadiri program-program yang dianjurkan. Kini juga masih bersemangat, cuma perasaanya lain. Berbeda. Tidak seperti dulu.

Hujan

Walau hujan turun, sanggup saya redahi. Biar basah stoking kaki, dengan air dari parit yang melimpah keluar (buat dunno je walau dalam hati geli dan nak muntah) namun masih juga saya dan rakan-rakan bertandang ke program-program yang dianjurkan.


Simple

Sungguh, ia hanya program biasa (ini perkiraan saya aje). Contoh program yang pernah saya hadiri. Program anjuran Islamic Malaysian Association (IMAN) "Peduli Palestin". Pengisiannya hanya berupa puasa beramai-ramai dan berbuka puasa beramai-ramai. Solat jemaah dan hajat bersama-sama dan ceramah serta tayangan video. Solat berjemaah dilakukan di laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta. Ditemani bunyi gemersik cengkerik, berlantaikan bumi Allah dan berbumbungkan langit Ilahi. Insaf. Saya merasa sungguh terkesan kala itu. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Tak perlu upacara gilang-gemilang hanya untuk melahirkan kesedaran dan rasa cinta itu.

Ukhuwah

Saya mendapatkan sesuatu yang sangat berharga ketika itu. Lebih mula mengenali rakan-rakan seperjuangan yang lain. Dari kelas-kelas berbeda dan dari angkatan berbeda. Akak-akak yang baik-baik belaka dan adik-adik yang comel-comel yang sering membuat saya bermonolog "haish, kalaulah adik lelaki aku sopan skit, dah lama aku ambil adik ni jadi adik ipar". hoho. ok, saya mengarut.

Itulah yang tidak sama. Dulu, saya merasakan ukhuwah itu. Kenapa kini tidak lagi? Adakah saya yang sedang membekukan hati saya? Adakah kerana niat saya menghadiri program itu sudah terpesong?


Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dia jari Allah, Dia membolak balikkannya. (Sunan Ibn Majah) 

ya muqallibal qulub...tsabbit qulubana 'ala dinik..

2 komentar:

dr.radzi mengatakan...

salam ziarah....

TWP ke ek? teruskan menulis.=)

madziani mengatakan...

salam,

yup. twp06
tq.