Rabu, Januari 27

nota 10

Semalam,
tergesa-gesa pulang ke rumah.
mahu cepat sampai. perlu menyiapkan laporan program.
sahabat sudah mula memberi kata.
perlu siapkan hari ini juga.
terserempak dengan seorang auntie.
dia kesedihan aku kira.
lantas kuberanikan diri.

" auntie, kenapa ni auntie?"

hilang dompet. terjatuh di celah orang ramai.
tidak ketemu jua walau dicari.
alahai.
kudapati dompetku jua kosong.
hanya nota 10 sahaja yang ada.
untuk aku printkan laporan program.

" ambilla auntie. "

aku pulang ke rumah.
berharap auntie selamat sampai ke destinasi.
tak dapat print laporan program.
namun,
aku rasakan sesuatu yang berharga.




erti hidup pada memberi.


gambar: hadiah dari Wang Ming dan Cristina, raya 2009.

2 komentar:

A.R.T.S mengatakan...

moga nota 10 tu juga yang memberi berkat pd hari esok ani.. aku tau kawan aku sorang ni hati baik.. :))

madziani mengatakan...

ko pun baik hati r...aq bese je