Jumat, Januari 29

Buku

Alhamdulillah, selesai sudah saya mengkhatam buku-buku tulisan Masaru Emoto. Buku kajian tentang kristal air. Sambil membaca, sambil memerhati gambar-gambar kristal air yang sangat indah. 3 buah buku beliau menghiasi rak buku saya ; Buku pertama : The Hidden Messages in Water, buku kedua : The True Power of Water dan buku ketiga : The Secret Life of Water. Menarik untuk dibaca bagi mereka yang sukakan bahan-bahan ilmiah berbentuk kajian.

Ingin saya kongsikan satu ulasan yang terbaik pernah saya baca di blog Warungkampung. Semoga bermanfaat untuk semua.  Walaupun dah lama artikel ni diterbitkan.

Selamat membaca.

This Month's Feature: The Hidden Messages in Water

Nota : Alhamdulillah, Dr Farih menang kerusi FPER.

Nota : Permai dah melabuhkan tirai. Berharap saya punya kesempatan untuk menyertainya di lain waktu. Rindu pada teman seperjuangan di Bandung.

Nota : Tak sabar menunggu warungkampung mengaum februari ni.

Rabu, Januari 27

nota 10

Semalam,
tergesa-gesa pulang ke rumah.
mahu cepat sampai. perlu menyiapkan laporan program.
sahabat sudah mula memberi kata.
perlu siapkan hari ini juga.
terserempak dengan seorang auntie.
dia kesedihan aku kira.
lantas kuberanikan diri.

" auntie, kenapa ni auntie?"

hilang dompet. terjatuh di celah orang ramai.
tidak ketemu jua walau dicari.
alahai.
kudapati dompetku jua kosong.
hanya nota 10 sahaja yang ada.
untuk aku printkan laporan program.

" ambilla auntie. "

aku pulang ke rumah.
berharap auntie selamat sampai ke destinasi.
tak dapat print laporan program.
namun,
aku rasakan sesuatu yang berharga.




erti hidup pada memberi.


gambar: hadiah dari Wang Ming dan Cristina, raya 2009.

Selasa, Januari 26

PRK

Demam PRK sedang bermula.
Jalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa.
Calon umum : Nombor 2, 3, 5, 6 (FPER-Alia Suzana) dan 9.
Jom pi mengundi.
28 Januari 2010 jam 8pagi hingga 5 petang.


Nota: Saya tak dapat nak tag orang kat fb. Jadi saya letak kat sini.



Senin, Januari 18

keberadaan


Keberadaanku, keberadaanmu
atas tujuan apa ya?

Keberadaanku, keberadaanmu
mahu ke mana selepas ini ya?

Keberadaanku, keberadaanmu
buat saling berbagi.

photo : Pengamen

Nota : sedang berusaha untuk U turn, yeah!

Senin, Januari 11

zaman dulu-dulu

Tak besar mana. Biasa-biasa je.

Itu antara jawapan saya ketika ditanya bagaimana  program Palestin di Indonesia.

Petang tadi, sempat saya berbual sekejap bersama teman saya. Mengingati kembali zaman 3 tahun di bumi Jatinangor (Asyik mengenang je). Dulu, saya sangat bersemangat menghadiri program-program yang dianjurkan. Kini juga masih bersemangat, cuma perasaanya lain. Berbeda. Tidak seperti dulu.

Hujan

Walau hujan turun, sanggup saya redahi. Biar basah stoking kaki, dengan air dari parit yang melimpah keluar (buat dunno je walau dalam hati geli dan nak muntah) namun masih juga saya dan rakan-rakan bertandang ke program-program yang dianjurkan.


Simple

Sungguh, ia hanya program biasa (ini perkiraan saya aje). Contoh program yang pernah saya hadiri. Program anjuran Islamic Malaysian Association (IMAN) "Peduli Palestin". Pengisiannya hanya berupa puasa beramai-ramai dan berbuka puasa beramai-ramai. Solat jemaah dan hajat bersama-sama dan ceramah serta tayangan video. Solat berjemaah dilakukan di laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta. Ditemani bunyi gemersik cengkerik, berlantaikan bumi Allah dan berbumbungkan langit Ilahi. Insaf. Saya merasa sungguh terkesan kala itu. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Tak perlu upacara gilang-gemilang hanya untuk melahirkan kesedaran dan rasa cinta itu.

Ukhuwah

Saya mendapatkan sesuatu yang sangat berharga ketika itu. Lebih mula mengenali rakan-rakan seperjuangan yang lain. Dari kelas-kelas berbeda dan dari angkatan berbeda. Akak-akak yang baik-baik belaka dan adik-adik yang comel-comel yang sering membuat saya bermonolog "haish, kalaulah adik lelaki aku sopan skit, dah lama aku ambil adik ni jadi adik ipar". hoho. ok, saya mengarut.

Itulah yang tidak sama. Dulu, saya merasakan ukhuwah itu. Kenapa kini tidak lagi? Adakah saya yang sedang membekukan hati saya? Adakah kerana niat saya menghadiri program itu sudah terpesong?


Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dia jari Allah, Dia membolak balikkannya. (Sunan Ibn Majah) 

ya muqallibal qulub...tsabbit qulubana 'ala dinik..

Minggu, Januari 10

...


Jambatan cincin.
Jatinangor.
Menyaksikan puluhan malah ratusan manusia
Merasakan mengakhiri kehidupan adalah jalan penyelesaian terbaik
Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Rabu, Januari 6

Jom pakat pi ramai-ramai

Salam.
Sempena Program Rintihan Palestin 2010.
Jom pakat pi ramai-ramai.










Gaza: The Closed Zone. Early day motion.
Inilah yang sedang berlaku di Palestin. Mereka dinafikan hak sebagai penduduk dunia.



nota: macamla ramai sangat pelawat blog ni sampai promosi kat sini.