Jumat, September 18

Tentang nyamuk

Salam.

Pernah tahu apa je rawatan untuk pesakit yang terkena demam denggi?

Masa kat wad dulu, ketika jalan-jalan cari pesakit untuk ditanya soalan dan dibuat sedikit pemeriksaan badan aku akan melihat dulu keadaan sekeliling pesakit. Kalau yang muda, nampak macam sihat, ada plak botol 100Plus kat tepi katil dan pesakit tersebut sedang menerima IV fluid, aku akan meneka ini mesti pesakit denggi ni. Tapi tak semua sesuai. Ada juga penyakit lain yang ada kriteria di atas. Tapi itu yang pentingnya pemerhatian. Melalui pemerhatian, kita akan menghasilkan first impression.

Fakta tentang nyamuk aedes:

Tahukah kamu nyamuk aedes merupakan nyamuk yang sangat pembersih? Nyamuk aedes hanya membiak di kawasan takungan air yang jernih. Jangan dicari nyamuk aedes di kawasan longkang kotor. Takkan ketemunya. Jadi, bersihkan kawasan persekitaran rumah anda. Pastikan tiada air jernih yang bertakung. Anda mungkin telah menyediakan tempat pembiakan yang sesuai untuk nyamuk ini. (Kompaun sebanyak rm500 jika didapati adanya tempat pembiakan aedes)

Tahukah anda nyamuk aedes hanya terbang di kawasan yang rendah? Pernah lihat orang fogging? Pernah tengok tinggi mana semburan racun yang digunakan? Rendah je. Jadi, baguslah buat mereka yang tinggal di tingkat belas-belas macam aku ni. Sure takde aedes. Opps. Jangan mudah lega. Lif kan ada. Nyamuk ini boleh masuk ke dalam lif dan berada di tempat tinggi. hehe. Kesimpulannya, kawasan tempat tinggi juga perlu dijaga. Sebarang takungan air perlu ditutup.

Tahukah kamu waktu aktif aedes bekerja hanya 6 jam? Jadual waktu yang sangat sistematik. Dari jam 6-9 pagi dan dari jam 6-9 malam. Sebab tu orang buat fogging waktu-waktu gini. Jangan marah ye kalau waktu-waktu maghrib orang baru nak buat kerja. Fahamilah tugas mereka, berilah kerjasama. ( Jangan terkejut jika anda boleh meringkuk dalam penjara selama sehari dua hanya kerana anda tidak ingin memberi kerjasama)

Info:
Tiada rawatan spesifik untuk demam denggi. Hanya perlu memaintainkan kandungan air dalam badan. Banyakkan minum air. Air 100Plus pun bagus untuk maintainkan kandungan electrolytes.

Fogging dilakukan untuk membunuh nyamuk dewasa sahaja dan bukannya anak nyamuk.

Jika tempat pembiakan, gunakan racun Abate.

thestoryteller,
ani.

Salam aidilfirti.
Maaf atas segala tulisan yang tak terjaga.
exam exam jugak, raya tetap jalan heh
Oh ya,
jangan lupa berdoa buat saudara kita di serata dunia ye.

4 komentar:

Balqis mengatakan...

Betul...

Lagi satu, kalau nak tahu, itu adalah pesakit demam denggi atau tidak, saya lihat ada kelambu di katilnya. =)

Kasihan mereka ini, ditahan sampai demam tiada selama dua hari berturut2. Kalau tak kebah-kebah akan ditahan langsung.

Betul, untu sembuh dengan cepat, eprlu minum banyak air. dan air 100 plus. Tapi ada yang degil, tak suka minum air, lambat sembuh tapi merengek-rengek mahu pulang cepat, adui!

kamu udah di tahu keberapa sekarang, hana?

Selamat menyambut hari raya aidilfitri, ya hana! Maaf zahir dan batin~

Wah, lamanya kita tidak berbalas komen seperti dahulu, kan? Masa itu kamu masih di Indonesia~

(^_^)

hana mengatakan...

Salam, Balqis.

thanx for info tambahan.

Saya sekarang di tahun ke4, tapi disebabkan sistem di ukm praklinikal hanya 2 tahun, jadi saya sekarang pelajar tahun3 ukm.

yup. sudah lama kita tak berbalas komen spt dulu. saya tidak punya internet di rumah, sekarang hanya menumpang broadband teman.

salam aidilfitri.
maaf atas segala salah silap
sepanjang kita kenal.

:)

Anonim mengatakan...

Tak pernah tahu pulak nyamuk aedes ini pembersih rupanya...selamat hari raya ani...maaf zahir dan batin walaupun tak pernah ketemu...sedih ramadhan bakal berlalu...

hana mengatakan...

haha..itu ayat main2 la..salam aidilfitri