Rabu, September 9

sesuatu tentang rindu

Salam,

Amaran: ini entri sedih entah keberapa kali aku tidak pasti.

Aku kini di Tanjong Karang, Selangor dalam posting Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM). Sudah hampir 2 bulan aku di sini. Minggu depan, berakhir sudah pengajianku dalam posting JKM ni. Apanya yang best pasal JKM? Kerjanya masuk kampung, buat bancian, tanya soalan, buat promosi kesihatan ke penduduk kampung, melawat Hospital daerah, pergi klinik desa dan klinik kesihatan, bla bla bla dan bla. Best ke? Aku pun tak pasti, cuma pada perkiraan aku..aku kagum pada mereka yang bekerja di sini, dalam bidang mereka. Tugas pegawai kesihatan lebih pada usaha mencegah daripada merawat. Inilah yang membuat aku kagum. Bukan senang nak ubah manusia. Nak ubah sikap penduduk supaya menjaga kebersihan persekitaran. Macam mana nak jadi negara maju jika mentaliti rakyat kita masih di kelas ketiga?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa posting ni, kami ditugaskan untuk mengambil satu kes di hospital. Apa-apa kes yang penting, kita bukan sahaja belajar bagaimana cara penyakit didiagnosa, tapi pada masa yang sama kami akan ke rumah pesakit untuk melihat sendiri keadaan rumah pesakit dan persekitarannya. Tugasan ini dinamakan "Family Case Study".

Kumpulan aku sangat bertuah kerana mendapat pesakit yang sangat baik. Sangat memberi kerjasama kepada kami dan membenarkan kami ke rumah beliau untuk melakukan sedikit tinjauan. Semalam selesai sudah pembentangan kes kumpulan kami, dan semalam jugalah kami mendapat khabar dari isterinya..

Beliau yang baik itu telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, tanggal 4 September 2009 bersamaan 14 Ramadan 1430H. Meninggal dunia kerana serangan jantung kali kedua pada usia 40 tahun. Al-Fatihah buat arwah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernah satu hari, sedang aku berbicara sama teman-teman keluar satu pernyataan ini dari mulut temanku..

" Rasulullah dulu pernah hidup kat dunia ni?"

" A'ah, yelah.." jawabku, tapi pelik dengan pertanyaannya.

" Kiranya kita ni tinggal pada dunia yang sama dengan Rasulullah tapi pada waktu berbeza?"

" Apa punya soalan.." semakin pelik.

" Takde r..cuma aku bangga r tinggal kat dunia yang Rasulullah tinggal ni..."

* Aku terkedu, pada masa yang sama bangga *

Tak perlu bertentang mata, berbual lama-lama untuk saling kenal-mengenali, untuk saling kasih mengasihi. Baginda Rasulullah telah lama pergi, tapi di hati jutaan umat Islam baginda dikasihi dan dicintai.

end of story

-------------------------------------------------------------------------------------------------

4 komentar:

nur_aishah mengatakan...

Another sad and intresting story..hehe.all the best in life Ani (",)

hana mengatakan...

tq aishah..

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali mengatakan...

hati saya tersentuh dengan persoalan berkaitan dengan rasulullah tadi.

hana mengatakan...

Rindu pada baginda...