Kamis, September 17

Kisahku di JKM

Salam.

Tanjong Karang telah kutinggalkan semalam. Betullah..bila dah tiada depan mata, baru nak sibuk menghargai. Terasa sebak di dada saat bas mula beredar pergi meninggalkan kompleks JKM yang aku diami selama hampir 2 bulan. Aku mula rindu pada suasana kampung. Mula mengingati kembali saat-saat bahagiaku di Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Kumpulanku dikhususkan untuk melakukan aktiviti di Sabak Bernam. Jauhnya hanya selama 1 jam perjalanan dari Tanjong Karang. Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah ketika kami melakukan fogging di SBPi Sabak Bernam.

Terimbas kembali saat melakukan tugasan di lapangan. Keluar seawal jam 7 pagi. Bangun tak usah dibilang. Seawal jam 5 mata ni sudah terbuka. Berharap ianya pejam kembali namun tidak mampu. Hari ini perlu awal. Tanggungjawabku perlu dipikul. Kugagahkan jua hati yang tak rela ini menyimbah air sejuk bumi Tanjong Karang.

Seharian kami keluar mengikut unit kawalan vektor. Di siang hari kami ke tapak pembinaan di kawasan Sungai Besar dan juga tapak pembinaan asrama. Mencari jentik-jentik. Sungguh cekap sekali pegawai-pegawai tersebut mencari jentik-jentik sehinggakan aku bertanyakan sesuatu yang tak patut.

" Camner nampak tu?"

"Camner nampak? haa..itulah yang memerlukan pengalaman."

Petangnya pula, sekitar jam 5.30 petang kami bersiap-siap untuk melakukan fogging di SBPi Sabak Bernam. Kali pertama memegang alat fogging. Boleh tahanla beratnya. Sekolah tersebut ditutup seminggu. Tiada sesiapa di sana kecuali guru-guru penghuni rumah warden. Aku berpeluang melakukan fogging barang 5 minit. Tapi itu sudah cukup untuk aku mengetahui betapa murninya kerja ini.

Racun yang digunakan untuk membunuh jejentik itu sangat tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang bertahun-tahun bekerja di unit ini sudah ada yang meninggal dunia akibat kesan exposure pada racun tersebut. Namun mereka masih juga melakukan tugas mereka. Di akhir pertemuan kami, seorang fogger mengeluarkan satu kenyataan.

" Tengok. Ni la keje kami. Tapi yang dapat nama orang kat atas je. Mana nak cakap foggers-foggers yang buat keje ni. "

"Ala..nama tak penting, yang penting niat," terangku.

" oooo..innamal a'malu binniat la ni "...

hehe.

Rindu pada mereka yang mengikhlaskan hati melakukan sesuatu.

Kalau boleh, aku ingin menulis sepotong ayat walaupun tak sedap :D
Sebab aku seorang tukang cerita.
Layan jela erk klu aku cerita je.

Tidak ada komentar: