Minggu, September 27

exam mode

Tuhan aku ingin hidup yang sederhana
Melepas segala hiasan dunia , meredupkan kilauan raga
hanya untuk berjalan dijalan Mu

Tuhan, aku ingin ujian Mu
Sebagai teguran kalaku ragu, meragu akan nikmat Mu
sesederhana itu Tuhan,



Aku dan juangku,
terikat dalam ridha Mu,
melaksanakan kata dan pikirku,
saat bosan dan lelah menyapa,
kuatkan dan ikhlaskan aku.



Jatinangor, 24 Juni 2009
ditulis saat merasa tidak layak dididik sebagai dokter.
sumber: ghea


Esok peperiksaan akhir bagi pelajar tahun 3.
Kayu ukur selama 4 bulan aku belajar di UKM.
Mohon doanya.

Hari-hari adalah ujian, tarbiah dari Allah untuk kita kuat.
Teman,
together we prevail.

Sanah helwah

Pernah aku bertanya,
kenapa kau begini?
Kau laburkan segala hartamu untuk kami,
kenapa tidak kau simpan sedikit?

Kau susah-susah mudik ke hilir,
hanya untuk membawa kami pulang,
kenapa korbankan masa rehatmu?

Kau hubungi kami saat kami lupa,
hanya untuk mengingatkan kami kembali
tentang rumah yang ditinggalkan,
kenapa perlu kau layan karenah kami?

Selamat hari lahir buat abang ngahku
5 Syawal 1430H.
Sanah helwah, ya akhi
Semoga kau memperoleh segala yang terbaik buat dirimu.

Sabtu, September 26

Mercun dan mereka

Hari-hari terakhir ramadan, sana-sini bunyi mercun. Hari-hari. Malam-malam lepas solat tarawikh akan kedengaran bunyi mercun ni. Aku pun dah naik lali mendengarnya. Dah larang jangan main mercun, main jugak. Hish!

Bila hari-hari dengar bunyi letupan, aku tak rasa apa-apa pun. Sebab aku tahu bunyi letupan mercun tu bukanlah satu ancaman pada aku. Kadang-kadang bunyinya kedengaran ketika sedang solat, tengah malam yang sunyi. Tapi sedikitpun tak aku endahkan sebab ia bukanlah satu ancaman.

Bagaimana kalau ia satu ancaman?

Teringat aku pada saudara-saudara aku kat tempat lain. Hari-hari terpaksa menadah telinga. Hari-hari mendengar bunyi letupan bom, jet-jet pemusnah berlegar di udara, nak ke sekolah terpaksa melalui pemeriksaan tentera-tentara, bunyi tembakan tu dah macam satu hiburan plak kat sana, kereta kebal di sana-sini tapi masih meneruskan kehidupan mereka. Kamu sungguh kuat!

Kita kat Malaysia ni takde langsung ancaman macam saudara kita. Sedih aku mengenangkan hari-hari terakhir ramadan. Rindu pada bulan yang dah pergi meninggalkan aku. Kita bahagia sambut hari raya, jangan pula kita lupa pada saudara kita yang tak bernasib baik. Mungkin kita yang senang-lenang ni disebabkan doa saudara-saudara kita, siapa tahu?

Kita takkan pernah merasainya sehingga kita mengalaminya sendiri.


" my wish, my only wish the truth has a tongue "
Terkesan sungguh dengan ayat ni.

Jumat, September 18

Tentang nyamuk

Salam.

Pernah tahu apa je rawatan untuk pesakit yang terkena demam denggi?

Masa kat wad dulu, ketika jalan-jalan cari pesakit untuk ditanya soalan dan dibuat sedikit pemeriksaan badan aku akan melihat dulu keadaan sekeliling pesakit. Kalau yang muda, nampak macam sihat, ada plak botol 100Plus kat tepi katil dan pesakit tersebut sedang menerima IV fluid, aku akan meneka ini mesti pesakit denggi ni. Tapi tak semua sesuai. Ada juga penyakit lain yang ada kriteria di atas. Tapi itu yang pentingnya pemerhatian. Melalui pemerhatian, kita akan menghasilkan first impression.

Fakta tentang nyamuk aedes:

Tahukah kamu nyamuk aedes merupakan nyamuk yang sangat pembersih? Nyamuk aedes hanya membiak di kawasan takungan air yang jernih. Jangan dicari nyamuk aedes di kawasan longkang kotor. Takkan ketemunya. Jadi, bersihkan kawasan persekitaran rumah anda. Pastikan tiada air jernih yang bertakung. Anda mungkin telah menyediakan tempat pembiakan yang sesuai untuk nyamuk ini. (Kompaun sebanyak rm500 jika didapati adanya tempat pembiakan aedes)

Tahukah anda nyamuk aedes hanya terbang di kawasan yang rendah? Pernah lihat orang fogging? Pernah tengok tinggi mana semburan racun yang digunakan? Rendah je. Jadi, baguslah buat mereka yang tinggal di tingkat belas-belas macam aku ni. Sure takde aedes. Opps. Jangan mudah lega. Lif kan ada. Nyamuk ini boleh masuk ke dalam lif dan berada di tempat tinggi. hehe. Kesimpulannya, kawasan tempat tinggi juga perlu dijaga. Sebarang takungan air perlu ditutup.

Tahukah kamu waktu aktif aedes bekerja hanya 6 jam? Jadual waktu yang sangat sistematik. Dari jam 6-9 pagi dan dari jam 6-9 malam. Sebab tu orang buat fogging waktu-waktu gini. Jangan marah ye kalau waktu-waktu maghrib orang baru nak buat kerja. Fahamilah tugas mereka, berilah kerjasama. ( Jangan terkejut jika anda boleh meringkuk dalam penjara selama sehari dua hanya kerana anda tidak ingin memberi kerjasama)

Info:
Tiada rawatan spesifik untuk demam denggi. Hanya perlu memaintainkan kandungan air dalam badan. Banyakkan minum air. Air 100Plus pun bagus untuk maintainkan kandungan electrolytes.

Fogging dilakukan untuk membunuh nyamuk dewasa sahaja dan bukannya anak nyamuk.

Jika tempat pembiakan, gunakan racun Abate.

thestoryteller,
ani.

Salam aidilfirti.
Maaf atas segala tulisan yang tak terjaga.
exam exam jugak, raya tetap jalan heh
Oh ya,
jangan lupa berdoa buat saudara kita di serata dunia ye.

Kamis, September 17

Kisahku di JKM

Salam.

Tanjong Karang telah kutinggalkan semalam. Betullah..bila dah tiada depan mata, baru nak sibuk menghargai. Terasa sebak di dada saat bas mula beredar pergi meninggalkan kompleks JKM yang aku diami selama hampir 2 bulan. Aku mula rindu pada suasana kampung. Mula mengingati kembali saat-saat bahagiaku di Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

Kumpulanku dikhususkan untuk melakukan aktiviti di Sabak Bernam. Jauhnya hanya selama 1 jam perjalanan dari Tanjong Karang. Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah ketika kami melakukan fogging di SBPi Sabak Bernam.

Terimbas kembali saat melakukan tugasan di lapangan. Keluar seawal jam 7 pagi. Bangun tak usah dibilang. Seawal jam 5 mata ni sudah terbuka. Berharap ianya pejam kembali namun tidak mampu. Hari ini perlu awal. Tanggungjawabku perlu dipikul. Kugagahkan jua hati yang tak rela ini menyimbah air sejuk bumi Tanjong Karang.

Seharian kami keluar mengikut unit kawalan vektor. Di siang hari kami ke tapak pembinaan di kawasan Sungai Besar dan juga tapak pembinaan asrama. Mencari jentik-jentik. Sungguh cekap sekali pegawai-pegawai tersebut mencari jentik-jentik sehinggakan aku bertanyakan sesuatu yang tak patut.

" Camner nampak tu?"

"Camner nampak? haa..itulah yang memerlukan pengalaman."

Petangnya pula, sekitar jam 5.30 petang kami bersiap-siap untuk melakukan fogging di SBPi Sabak Bernam. Kali pertama memegang alat fogging. Boleh tahanla beratnya. Sekolah tersebut ditutup seminggu. Tiada sesiapa di sana kecuali guru-guru penghuni rumah warden. Aku berpeluang melakukan fogging barang 5 minit. Tapi itu sudah cukup untuk aku mengetahui betapa murninya kerja ini.

Racun yang digunakan untuk membunuh jejentik itu sangat tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang bertahun-tahun bekerja di unit ini sudah ada yang meninggal dunia akibat kesan exposure pada racun tersebut. Namun mereka masih juga melakukan tugas mereka. Di akhir pertemuan kami, seorang fogger mengeluarkan satu kenyataan.

" Tengok. Ni la keje kami. Tapi yang dapat nama orang kat atas je. Mana nak cakap foggers-foggers yang buat keje ni. "

"Ala..nama tak penting, yang penting niat," terangku.

" oooo..innamal a'malu binniat la ni "...

hehe.

Rindu pada mereka yang mengikhlaskan hati melakukan sesuatu.

Kalau boleh, aku ingin menulis sepotong ayat walaupun tak sedap :D
Sebab aku seorang tukang cerita.
Layan jela erk klu aku cerita je.

Rabu, September 9

sesuatu tentang rindu

Salam,

Amaran: ini entri sedih entah keberapa kali aku tidak pasti.

Aku kini di Tanjong Karang, Selangor dalam posting Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM). Sudah hampir 2 bulan aku di sini. Minggu depan, berakhir sudah pengajianku dalam posting JKM ni. Apanya yang best pasal JKM? Kerjanya masuk kampung, buat bancian, tanya soalan, buat promosi kesihatan ke penduduk kampung, melawat Hospital daerah, pergi klinik desa dan klinik kesihatan, bla bla bla dan bla. Best ke? Aku pun tak pasti, cuma pada perkiraan aku..aku kagum pada mereka yang bekerja di sini, dalam bidang mereka. Tugas pegawai kesihatan lebih pada usaha mencegah daripada merawat. Inilah yang membuat aku kagum. Bukan senang nak ubah manusia. Nak ubah sikap penduduk supaya menjaga kebersihan persekitaran. Macam mana nak jadi negara maju jika mentaliti rakyat kita masih di kelas ketiga?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa posting ni, kami ditugaskan untuk mengambil satu kes di hospital. Apa-apa kes yang penting, kita bukan sahaja belajar bagaimana cara penyakit didiagnosa, tapi pada masa yang sama kami akan ke rumah pesakit untuk melihat sendiri keadaan rumah pesakit dan persekitarannya. Tugasan ini dinamakan "Family Case Study".

Kumpulan aku sangat bertuah kerana mendapat pesakit yang sangat baik. Sangat memberi kerjasama kepada kami dan membenarkan kami ke rumah beliau untuk melakukan sedikit tinjauan. Semalam selesai sudah pembentangan kes kumpulan kami, dan semalam jugalah kami mendapat khabar dari isterinya..

Beliau yang baik itu telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, tanggal 4 September 2009 bersamaan 14 Ramadan 1430H. Meninggal dunia kerana serangan jantung kali kedua pada usia 40 tahun. Al-Fatihah buat arwah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernah satu hari, sedang aku berbicara sama teman-teman keluar satu pernyataan ini dari mulut temanku..

" Rasulullah dulu pernah hidup kat dunia ni?"

" A'ah, yelah.." jawabku, tapi pelik dengan pertanyaannya.

" Kiranya kita ni tinggal pada dunia yang sama dengan Rasulullah tapi pada waktu berbeza?"

" Apa punya soalan.." semakin pelik.

" Takde r..cuma aku bangga r tinggal kat dunia yang Rasulullah tinggal ni..."

* Aku terkedu, pada masa yang sama bangga *

Tak perlu bertentang mata, berbual lama-lama untuk saling kenal-mengenali, untuk saling kasih mengasihi. Baginda Rasulullah telah lama pergi, tapi di hati jutaan umat Islam baginda dikasihi dan dicintai.

end of story

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu, September 6

Sesuatu tentang diri

Berbekallah dengan takwa,

kerana kamu tidak mengetahui,

Bila malam telah gelap gulita,

apakah akan hidup sampai waktu fajar,

Banyak orang sihat meninggal dunia bukan kerana sakit,

Banyak orang sakit yang tetap hidup beberapa waktu,

Banyak pemuda yang hidup sepanjang hari,

dalam keadaan aman tanpa mengetahui

bahawa kain kapannya sedang ditenun...


Pening dengan laporan yang tak habis, tapi masih lagi berlengah-lengah sepertinya esok masih ada buat aku.

Bulan ramadan semakin lama, semakin tiba ke penghujungnya..

sedih-sedih.

aku sepertinya tidak berada di bulan mulia ini..

semoga kalian semua mendapat keberkatan di bulan mulia ni.