Kamis, Juli 16

Tentang whitecoat

Asal nak keluar je rumah pergi wad, mesti kawan-kawan tanya

" Eh, ani tak pakai whitecoat?"

" Malas r pakai sekarang. Panas dowh."

Sebenarnya tu jawapan biasa yang sering aku berikan pada sahabat-sahabat aku kalau ditanya perihal whitecoat ni. Aku pun kadang-kadang buat jugak keje ni, pakai whitecoat kat mana-mana je. Banyak je alasan kenapa aku tak pakai whitecoat ni.

Panas.
Asal sampai wad, dah berpeluh sakan. Macam orang baru balik jogging.

Menyalahi etika.
Satu masa dulu, saat di Unpad, Dr sana adala bagitau kami adalah tidak beretika memakai whitecoat di luar dari kawasan hospital. Kenapa? Dia bagi contoh masa tu. Jika kamu memakai whitecoat, dan tiba-tiba berlaku kemalangan di hadapan kamu...kamu bersalah jika kamu tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa kemalangan tersebut. Kalau kemalangan tu jadi depan mata aku, sah aku panik tahap tinggi.

Nosocomial infection.
Betulkan? Logik tak kalau pakai whitecoat merata-rata ni kita pun tend bawak kuman dan sebarkan ke pesakit? Aku bukan nak kutuk sesiapa kat sini, jadi harap terimalah dengan hati terbuka. Kadang-kadang aku pun pakai whitecoat ni kat merata-rata tempat. Aku sebenarnya sedang nasihat diri-sendiri.

Perihal whitecoat


Ayat tuan empunya blog ni bagi aku takdela kasar. Cuma aku harap, bacalah dengan minda yang terbuka. Ada benarnya jugak setiap apa yang ditulis beliau.

5 komentar:

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali mengatakan...

Terima kasih ya..
hehehhehe

Farhan mengatakan...

salam

tak sangka cik hana ni panik tahap tinggi ke bila tgk org accident.ingat ke doktor ni jenis yg cool je bila bdepan ngan accident.hehe.gurau je k.

hana mengatakan...

Blogger ini tidak mahu dikenali:

Same2..bende ni lebih saye tujukan pada diri sendiri gak. Kalau wat gini, harapnye lebih istiqamah. btw, tq gak atas artikel awak.


Farhan:
Ala en. farhan, itu ayat nak nampak sedap sikit. memang dlm pe2 situasi dr kena act cool barulah pesakit confident.

Faridrashidi.Com mengatakan...

Saya suka ayat itu... rajin, rajin, rajin!

hana mengatakan...

Faridrashidi:

:D
Kena lawan perangai malas ni