Selasa, Juli 14

Keseimbangan

Salam.

Teman,

pernahkah kamu/ kenalan kamu/ ibu/ bapa/ saudara-mara dan seangkatan dengannya mengalami tanda-tanda seperti di bawah?

1. Penglihatan mata yang semakin kabur
2. Tetibe rasa nak termuntah (rase je)
3. Kulit kamu kering
4. Kamu merasa sangat dahaga dan sentiasa minum air
5. Kamu juga kerap ke bilik air
6. Kamu rasa pening-pening lalat
7. Kamu sentiasa berasa lapar
8. Asal luka je, susah nak sembuh

atau, pernahkah kamu/ kenalan kamu/ ibu/ bapa/ saudara-mara dan seangkatan dengannya mengalami tanda-tanda seperti di bawah?

1. Rasa letih dan lenguh-lenguh badan
2. Tangan kamu menggeletar
3. Sentiasa rasa berdebar-debar dan berpeluh
4. Penglihatan mata juga semakin berkurang
5. Sentiasa rasa gelisah
6. Ada gak pening-pening
7. Kadang-kadang sakit kepala
8. Dan rasa lapar

Adakah kamu dan yang seangkatan dengannya pernah mengalami tanda-tanda seperti tertera? Bahagian pertama itu ialah tanda-tanda kandungan gula dalam darah kamu yang tinggi (hyperglycemia) .Bahagian kedua pula ialah tanda-tanda kandungan gula dalam darah kamu yang rendah (hypoglycemia).

Badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang. Segala-galanya tidak boleh terlalu tinggi dan tidak juga boleh terlalu rendah. Begitulah juga hidup ini. Kerana itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis " jangan cinta terlalu banyak, dan jangan benci terlalu banyak"

Relevannya pernyataan ini ialah apabila sudah sayang sangat sanggup berkorban apa saja buat yang tersayang hingga tergadai maruah diri. Mintak dijauhkan dari hal sebegini. Apabila sudah benci, nak melihat muka pun taknak. Apa je yang si A buat semuanya buruk. Takde yang bagus. Aduhai, dek kerana benci semua dilihat tidak kena. Lantas, jika mahu jadi jahat jangan jadi jahat giler dan jika mahu jadi baik jangan jadi baik giler. Takut, bila jahat giler, tuhan menjauh dari kita. Bila baik giler, takut nanti kena buli plak. Contoh utama, umat Islam itu sendiri. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Betapa 'baiknya' kita. Musuh kita saban hari meratah darah saudara kita.

" Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka..." (Al-Fath 48:29)

Eh,

Aku melalut jauh ni. Bab hyper/ hypoglycemia ni tak habis lagi. Jadi, jika kamu mengalami tanda-tanda seperti di atas, adalah digalakkan kamu memeriksa kandungan gula dalam darah kamu. Mungkin darah kamu itu sangat manis atau mungkin darah kamu tu kurang manisnya (bende ni tak wujud, aku sesaje letak). Jika tinggi, kamu mungkin berisiko untuk menghidap penyakit kencing manis. Salah satu penyakit yang popular di Malaysia. Sayangilah badan anda kerana badan anda sangat menyayangi anda. Dia dah bagi dah tanda-tanda tu kat anda. Cuma, andalah yang kena tafsir sendiri.

Asal aku tanya makcik/ pakcik kat wad, mesti diorang cakap dah lama dah kencing manis ni. Kesian aku tengok. Ada yang dah kena amputate dah kaki tu. Dah tua-tua, banyak pulak penyakit. Pesanan penaja, jagalah kesihatan anda. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit.

p/s: kampung aku agak popular sejak 2,3 menjak ni. Lepas hari ni, belum tentu popular cam sekarang.

4 komentar:

Anonim mengatakan...

salam ani,

kalau mengalami sesetengah dari ni je xpe x?takutnya...xmo makan coklat lagi.

hana mengatakan...

wslm anony..

sebenarnye bende2 ni kne berlaku byk2, kalo ade skit2 je x dikira sebenarnye. cth, kalo mata tu kabur, tak semestinya gula dalam darah naik, tapi mungkin anda rabun jauh.

saye juga penggemar coklat. tp seperti saya katakan, berpada-padalah. amek dlm kuantiti sedikit. dlm hal ni, diet sihat dan exercise amatlah digalakkan.

nur_aishah mengatakan...

betul..konsep keseimbangan mmg dah lama dianjurkan oleh Rasulullah..sebelum org Confucius kenal kan konsep Ying & Yang lg..

Jd..mari kita lakukan bersama-sama seimbangkan setiap perkara yg kita lakukan.

mencegah lbh baik drp merawat(",)

hana mengatakan...

tq..lupe lak sal yin and yang ni..