Kamis, April 16

Yatta, yatta!

Saya memang tengah gian. Gian menulis. Sedangkan sekejap lagi saya bakal menduduki ujian. Haha.

Saya teruskan ulasan saya sahaja. Kenapa saya menyokong idea jangan tidur larut malam.
Sebelum kita melangkah jauh, eloklah kiranya kita mengambil 2 hadis Rasulullah s.a.w.

Dikatakan Rasulullah s.a.w tidak suka tidur sebelum waktu Isya' supaya tidak ketinggalan solat Isya' dan tidak suka berborak-borak setelahnya ( HR Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Jangan kamu tinggalkan api di rumahmu ketika kamu tidur" (HR Bukhari dan Muslim)

Apa kaitannya hadis di atas dengan tidur larut malam?
Begini, jika dilihat pada hadis yang pertama, dapatlah disimpulkan Rasulullah s.a.w akan menghindar dari berbual bersama sahabat selepas solat Isya' untuk pulang awal ke rumah dan menghindar tidur larut malam. Hadis kedua pula, adalah saranan Rasulullah s.a.w untuk menutup lampu (jika zaman dahulu api) ketika sedang tidur. Walaupun boleh dikatakan, api itu digalakkan untuk dipadam sebelum tidur bagi mengelakkan kebakaran, namun dari segi sainsnya api/ lampu sebenarnya punya pengaruh pada satu hormone.

Hormone yang dikatakan ialah hormone melatonin.

Efek hormon melatonin ini pelbagai. Ia merangkumi sebagai antioksidan, sistem immune kita, hingga bertindak sebagai biological clock kita. Namun, di sini ingin saya tekankan fungsinya yang utama, sebagai antioksidan, malah antioksidan terkuat. Apa peripentingnya antioksidan ini? Ia mampu menghalang kerosakan DNA pada tubuh manusia lantas meminimumkan serangan kanser.

Melatonin hanya terhasil pada waktu gelap, dimulai pada saat matahari terbenam. Namun, jika terdapat cahaya di persekitaran kita, hormon ini tidak dapat dihasilkan pada kadar yang secukupnya. Haa, itulah kena tidur tutup lampu tu. Lagi satu, jika sekalipun kamu tidak tidur, namun kamu menutup lampu bilik kamu sambil menonton tv, ia juga tidak akan dihasilkan dengan kadar semaksima mungkin. TV, dan segala bahan elektronik akan menimbulkan gelombang elektromagnetik yang seterusnya akan mengganggu penghasilan melatonin. Faham ke?

Bilakah waktu puncak hormon ini? Ia antara pukul 2-3 pagi. Subhanallah. Inilah waktu yang disarankan Rasulullah untuk bangun bertahajud padaNya. Setelah mencapai waktu puncak, hormon ini akan turun mendadak. Namun jangan risau, saat tahajud hormon lain pula yang akan mengambil alih tugas melatonin, iaitu hormon kortisol( Ini bakal saya kupas dalam terapi solat tahajud ye)

Kerana itu teman-teman, janganlah tidur lewat-lewat sangat. Ia sangat tidak baik untuk kesihatan.

Nota : Sudah dua minggu saya tidur tanpa menutup lampu. Salah satu sebab saya tercari-cari apa efeknya pada kesihatan.
Nota: Peranan tahajud dalam meningkatkan sistem imun kita. Bakal saya kupas dilain waktu. Saya sekarang sedang membaca buku Terapi Shalat Tahajud.
Nota : Saya berharap penjelasan saya boleh difahami. Maaf, saya agak sulit menerangkan sesuatu.

10 komentar:

BalQis mengatakan...

Faham cikgu!!!

Jelas benar!

Okaylah, saya nak masuk tidur sekarang. Selamat malam!

Terima kasih, ya untuk makluman...
tak sabar mahu tahu tentang fungsi hormon kortisol pula... (^_^)

hana mengatakan...

Sama-sama.
Lambat lagi baru saya tulis pasal kortisol. Bukunya pun belum habis dibaca. InsyaAllah, di lain waktu.

Farid Rashidi mengatakan...

Salam.

Apa itu melatonin cikgu? adakah saya memasang lampu kuning romantik ketika mahu tidur menganggu melati..eh silap, melatonin?

Sila ke blog baru saya. Klik saja.

hana mengatakan...

wslm. Malatonin tu sejenis hormon, ia sebagai satu bahan yang membantu menjalankan fungsi bahan. Apa yang saya faham, sebenarnya semakin ke tengah malam, kita perlu mengurangkan penggunaan lampu,lantas sedikit demi sedikit lampu rumah perlulah dipadamkan. kalau lampu kuning romantik, pada saya tidak mendatangkan masalah. tapi perlu saya tahu, berapa watt lampu kamu?
krn watt lampu juga memainkan peranan. kalau watt yang rendah, tidak memberi efek sangat.

InsyaAllah. nanti saya berkunjung.

suhaijah mengatakan...

salam,ani.

buku terapi solat tahajud tu ada jual kt mentari x?
hehe...nk beli jgk.

hana mengatakan...

Wslm, ijah.
Maaf lambat approve msj ni.
Ani tak bukak tenet 2 hari lepas.
Ani beli buku terapi shalat tahajud tu kat mentari. InsyaAllah ade lagi rasenye.

As mengatakan...

betul jangan amalkan tido lewat
sistem badan cepat jadi tua

lagipun tido awal malam la kan paling berkualiti, pun bleh bangun awal

all the best ya~

hana mengatakan...

Tq tuk info.

All da best buat kamu juga =)

'Aqilah mengatakan...

Salam'alaikum,
Wah! Terima kasih kerna berkongsi. Boleh ke saya refer pada entry ini utk one of my future entries? Saya pun mangsa orang tidur lewat huhu

hana mengatakan...

wslm
sama2.
Dipersilakan =)